ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi pula kantoi menipu?

Views

Kuat betul geng pengeluar kereta Jerman keletong ni rupanya. Skandal Dieselgate pun masih belum reda lagi, teknik penipuan terancang ini mula menghantui Audi. Akhbar Jerman, Bild am Sonntag melaporkan, California Air Resources Board (CARB) telah menemui perisian yang hampir sama dalam transmisi automatik Audi pada musim panas yang lalu.

Peranti tersebut, walaupun bukan alat sama yang digunakan dalam skandal emisi diesel tahun lalu, telah dipasang pada transmisi automatik tertentu. Jika stereng tidak dipusingkan, ia ‘mengesan’ kondisi ujian makmal dan mengaktifkan program penukaran gear yang boleh mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Jika stereng dipusingkan lebih dari 15 darjah, ia akan kembali berubah menjadi normal.

Pengeluar tersebut dilaporkan telah menghentikan penggunaan perisian ini pada bulan Mei 2016, sebelum CARB menemui kereta yang telah menggunakannya dan ramai jurutera yang terlibat dengan isu ini telah pun digantung tugas. Apabila dihubungi, tiada seorang pun dari pihak CARB atau pegawai Audi yang ingin mengulas mengenai perkara tersebut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Serangan ekonomi Dari amerika terhadap jerman. Satu persatu syarikat gergasi jerman disaman Dan di sabotaj oleh agensi Dari US. Ianya berpunca Dari penipuan Itu sendiri.

    Maka bermulalah evolusi Dan revolusi Kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol Dan diesel kepada elektrik sepenuhnya dalam Masa terdekat. Atau dalam Masa 10 tahun


  • Penipuan demi penipuan. VW dan anak syarikatnya. VW kerugian berpuluh bilion ringgit sejak scandal dieselgate 2 tahun lalu. Kerugian VW akan bertambah melalui anak syarikatnya Audi

Leave a Reply