ARKIB

KATEGORI

Buletin

Awas Hilux, Triton, D-Max & Navara, Colorado bakal mencabar anda!

Views

Pencabar terbaharu dalam segment trak/pick up kini telah tiba! NAZA Quest (Chevrolet Malaysia) Sdn. Bhd  telah melancarkan Chevrolet Colorado untuk mencabar model sedia ada dipasaran. Dicipta sebagai trak/pick up yang nampak lebih gagah, lasak, berkuasa dan paling penting rekaan yang menarik, pastinya akan menarik perhatian peminat segment trak/pick up di Malaysia.

Model ini menawarkan kelebihan dari segi teknologi & menawarkan lebih nilai berbanding dengan pesaingnya. Didatangkan dengan 2 variant LT & LTZ double cab dengan enjin 2.5L transmisi manual dan 2.8L dengan pilihan transmisi automatik dan manual. Enjin terbaharu yang dikenali sebagai Duramax turbo-diesel ini merupakan enjin yang berprestasi serta menjimatkan bahan api. Harga bagi model ini bermula dari RM 88,888.00 ke RM 110,000.00, manakala penghantarannya dijangka bermula pada bulan April 2012.

Anda tidak perlu risau mengenai aspek keselamatan model ini kerana ia merupakan kenderaan yang paling selamat dalam kelasnya. Ia dilengkapi dengan Electronic Stability Control, Anti-lock Braking System featuring Electronic Brake-Force Distribution, Traction Control, Hydraulic Brake Assist, Cornering Brake Control dan juga beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments

Leave a Reply