ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beg udara Nissan Versa mengembung secara tak sengaja apabila pintu ditutup

Views

Lagi kes pelik berkaitan beg udara berlaku di Amerika Syarikat. Kali ini satu lagi pengeluar dari Jepun menjadi mangsa iaitu Nissan. Pengawal Selia Keselamatan-automotif Persekutuan sedang membuka siasatan ke atas beberapa unit Nissan Versa (di Malaysia ia dinamakan Almera), selepas menerima aduan daripada pemilik yang berkata beg udara kenderaan mengembung secara tidak sengaja. Memetik laporan dari Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), AutoNews menyatakan apabila menutup pintu, dengan “cara yang mungkin agresif”, boleh mengaktifkan beg udara sisi atau tirai, di kedua-dua belah.

Kata salah seorang pemilik, “Saya menutup pintu sebelah penumpang dan beg udara dari pintu meletup. Sungguh mudah”. Nissan Versa sedan yang terjejas adalah keluaran dari tahun 2012 dan siasatan akan merangkumi kira kira 155,000 unit. Buat masa ini panggilan semula masih belum diumumkan, tetapi Nissan yang sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai situasi tersebut, dijangka mengeluarkan siaran media dalam masa terdekat, sebelum memaklumkan kepada pemilik.

Menurut jurucakap Nissan kepada AutoNews “Nissan komited mengenai keselamatan pelanggan kami dan penumpang mereka. Syarkat menerima pertanyaan daripada NHTSA berhubung dengan Nissan Versa sedan keluaran tahun 2012. Nissan kini sedang menyiasat isu tersebut dan sentiasa bekerjasama dengan pengawal selia untuk menjawab segala pertanyaan mereka”. Kami akan cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berhubung perkara ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply