ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bell & Ross bikin supercar AeroGT

Views

Pengeluar jam tangan terkemuka dari Perancis, Bell & Ross mengorak langkah untuk keluar dari zon selesanya dengan membangunkan model kajian supercar AeroGT.

Model ini mengambil inspirasi dari model seperti Ferrari 250 GTO, yang memegang rekod sebagai kereta paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan, dan AeroGT juga akan menjadi inspirasi kepada jam tangan keluaran terbaharu mereka BR 03-92 AeroGT.

“Untuk mennghasilkan model baharu setiap tahun, kami memerlukan sumber inspirasi. Meneruskan kejayaan motosikal kami B-Rocket pada 2014, kami mahu pergi lebih jauh dengan merekabentuk kereta Bell & Ross. Matlamatnya ialah untuk menghasilkan kereta yang mempunyai identitinya yang tersendiri”, kata Pengarah Kreatif syarikat, Bruno Belamich.

AeroGT berukuran 1.10 meter tinggi dan 4.7 meter panjang, mempunyai cermin sisi yang diinspirasikan dari “sirip hadapan” pada muncung jet pejuang dan paip ekzosnya juga mempunyai bentuk yang hampir sama.

Jika ada kebarangkalian AeroGT memasuki fasa pengeluaran, ia bakal dijana oleh enjin 4.2-liter turbo-berkembar V8 yang menghasilkan 594hp dan digandingkan bersama transmisi lapan-kelajuan automatik. AeroGT boleh memecut dari 0 hingga 100 km/h hanya kurang dari tiga saat dan kelajuan maksimanya mungkin mencecah 322 km/h.

2016-bell&ross-aerogt-concept-5 2016-bell&ross-aerogt-concept-4 2016-bell&ross-aerogt-concept-3 2016-bell&ross-aerogt-concept-2 2016-bell&ross-aerogt-concept-1 bell&ross-br-03-92-aerogt-watch

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply