ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahindra NuvoSport bakal dilancarkan di India 4 April ini

Views

Laman web Indian Autos Blog telah memuatnaik imej pertama SUV kompak Mahindra NuvoSport yang bakal mnggantikan model Mahindra Quanto di India. Mahindra turut mengumumkan tarikh pelancaran model ini bakal dibuat pada 4 April 2016.

NuvoSport dibangunkan dari platform generasi yang sama dengan model Scorpio dan menampilkan gaya rekaan yang lebih mantap dan aggresif. SUV kompak bakal diletakkan tanda harga yang lebih murah dari Mahindra TUV300.

Ia direkabentuk dan dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan pereka tempatan Mahindra dan penyelidikan serta pembangunannya dibuat di Mahindra Research Valley (MRV) yang terletak di Chennai. Tiada sebarang maklumat lanjut atau spesifikasi dikeluarkan buat masa ini.

Foto risikan sebelum ini mengesahkan NuvoSport bakal menggunakan transmisi automatik dengan lima-kelajuan. Selain itu Mahindra NuvoSport turut ditawarkan dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual. Mahindra mungkin menggantikan enjin model Quanto yang berkapasiti 1.5-liter tiga-silinder yang berkuasa 100 PS dengan enjin TUV300 yang lebih moden berkapasiti 1.5-liter tiga-silinder yang berkuasa 84 PS.

Mahindra-NuvoSport-front-quarter Mahindra-NuvoSport-rear-quarter

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply