ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ oleh Nissan menjelajah Pantai Timur

Views

Nissan Family Cares

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah membawakan ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan oleh Nissan’ ke wilayah Timur, dengan sesi pertamanya berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang. Bengkel selama setengah hari itu memberikan nasihat dan tips berguna berkaitan keselamatan di jalan raya dengan fokus kepada bagaimana untuk bertindak sekiranya bertembung atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pada sesi tersebut, para peserta ditunjukkan dengan contoh-contoh situasi berbahaya yang boleh mengancam nyawa, berdasarkan kepada kejadian kemalangan jalan raya sebenar. Jadi, mereka akan lebih bersedia jika berdepan dengan situasi sedemikian. Mereka juga diajar bagaimana untuk memberikan bantuan kecemasan sewaktu keadaan genting yang kadang-kala boleh membezakan di antara soal hidup atau mati.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata “Kami mahu memastikan bahawa para pelanggan kami dan keluarga mereka sentiasa selamat di jalan raya. Justeru, kami berharap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam bengkel ini mampu membantu mengelakkan kemalangan jalanraya daripada berlaku, atau dapat menyelamatkan nyawa.”

Demonstration on safety

Hanafidhiyah, 24, salah seorang peserta berkata, “Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang harus diharapkan daripada Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan kerana ini merupakan kali pertama menghadiri bengkel ini.Walau bagaimanapun, saya berasa gembira menghadiri sesi ini kerana bukan sahaja saya berjaya mendapat tips memandu keselamatan yang efektif tetapi juga mempelajari cara-cara untuk bertindak apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya dan jenayah.”

Sesi ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ seterusnya akan diadakan pada 15 dan 22 Jun 2013 di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu dan Hotel Grand Margherita, Kuching. Pendaftaran adalah PERCUMA, berdasarkan kepada ‘siapa cepat dia dapat’. Para pemilik kenderaan Nissan yang ingin menyertai bengkel ini boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian: 03-4047 8788 atau hantarkan permohonan ke alamat e-mel: [email protected]. Layari laman web Nissan:  www.nissan.com.my untuk maklumat lanjut.

JadualBengkelKeselamatanPeribadi2013

Utara

Tengah

Timur

Sabah

Sarawak

Bengkel

BengkelIkhtiarHidup di Bandar

BengkelIkhtiarHidup di Jalan

Tarikh29 Jun6 Julai

18 Mei

15 Jun

22 Jun

Lokasi

G Hotel, Penang

Royale Bintang,   The Curve Hotel, PJ

Zenith Hotel, Kuantan

Ming Garden, Kota Kinabalu

Grand Margherita, Kuching

YuranPendaftaran

Percuma

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply