ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Bentuk Papan Pemuka Perdana 2016 Terbongkar!

Views

Dalam banyak-banyak foto risikan yang telah kami terima, inilah pertama kalinya bentuk papan pemuka dan ruangan dalaman Perdana 2016 berjaya dirakam dengan begitu jelas. Terima kasih kepada rakan kita Daniel Soon yang telah mengirimkan foto-foto ini sebentar tadi. Menurut Daniel, unit ujian Perdana 2016 telah ditemuinya di sekitar kawasan Rehat & Rawat Ayer Keroh baru-baru ini.

Jika diperhatikan, tidak banyak perbezaan ketara bentuk papan pemuka Perdana 2016 dengan model pendermanya Honda Accord generasi kelapan. Proton menggunakan balutan tempat duduk dengan warna beige dan juga sedikit kemasan kayu pada bahagian tengah papan pemuka dan konsol gear serta steering yang dibaluti kulit. Turut kelihatan paparan skrin dibahagian tengah papan pemuka.

Menurut jangkaan awal model ini bakal dilancarkan pada bulan Mac, namun berita terbaharu yang kami terima, ada ura-ura mengatakan pelancarannya sekali lagi bakal ditunda ke bulan Mei. Apapun terima kasih sekali lagi kepada Daniel Soon kerana sudi berkongsi foto paling hangat pada awal tahun ini bersama funtasticko.net! Teruskan kesetiaan anda bersama kami untuk info terkini dan sensasi.

perdana ayer keroh rear perdana ayer keroh front perdana ayer keroh front 1 interior perdana 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • bila lihat perumah tombol gear tu dengan kemasan kayu, ia tidak menampakkan gabungan yang ‘harmoni’.

    perumah gear yg berwarna silver itu seolah2 ditampal sahaja di atas tapak kayu dan secara tak langsung, ia tiada kesinambungan rekabentuk dibahagian konsol gear.


  • kalau tak tunda bukan proton bro.jangan terkejut plak nanti saga tunda launch tahun depan.enjin pulak 2020.sempena wawasan 2020 tu. normal..


  • yup..dari segi interior ad ciri2 Accord 8th generation.. tapi.. idea colour seat dan kemasan kayu tu datang dari Interior Accord 3.5 V6..

    hmm..nak kata outdated pun x pasti,,sbb kalau nak compare dengan kereta mewah dari jenamayg lain..design diorang pun xda la gempak mana.. contoh latest version bg model2 ni.. BMW 5-Series, Kia Optima, Hyundai Sonata.. tapi pada pndangan sy interior Perdana lagi nmpak kemas =)


  • tunda2 date pelancaran…pasni 2 tahun pakai kete Accord celop nie, be ready naik kete tunda jer la……..dah diprotonkan paham2 jer la


  • simpanlah duit skang nie…ada duit pun invest la apa patut…jgn cari liability…ekonomi x bagus…..beli barang2 penting jer….beli accord ni pun pengaliran duit ke luar Negara…bagi duit ke HONDA…mcm ambik 1.5 juta bangla..majority gaji balik ke bangla jgk..lainla kete tu 100% Malaysian


  • Kereta luar internal kereta design mcm designer x sihat pun ada… org masih kata cantik… kalau proton buat semua x cantik.. hahaha.. mmg ramai yg dah kena jajah nih


    • yup.memang ad ciri2 yg lebih kurang..sbb guna platfom sama kan.. and dengar2 jugak sebab Honda x bagi sentuh sangat dari segi interior.. so maybe sebab tu jugak ad rupa interior Accord 8th generation =)


      • ooo..patutlah sama ..guna kereta honda accord generasi lepas rupanya. bolehlah daripada takde. tapi kalau kereta ni harga mahal sangat, silap-silap orang beli accord generasi skrg.

Leave a Reply