ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW lancar super-limo M760Li – xDrive

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

  • Enjin 6.6-litre V12 twin turbo- 600PS kuasa
  • X-drive pacuan 4-roda
  • Cakera brek 19-inci
  • Sistem suspensi M-tune
  • Versi Excellence untuk mereka yang malu dengan label ‘M’

BMW-7-series kini disertai oleh versi super-limousine yang bergelar M760Li xDrive. Model ini dilengkapi dengan enjin V-12 6.6-litre dengan dua turbocharger yang mampu menghasilkan hampir 600 kuasa kuda. Kuasa yang cukup untuk menggerakkan sebuah kereta kebal ini disalurkan melalui kotak gear automatik 8 kelajuan dan seterusnya tiba di tayar melalui sistem pacuan empat roda BMW yang bergelar x-Drive.

Anda mungkin menggaru kepala memikirkan kenapa sebuah limosin memerlukan pacuan empat roda? Bukannya nak di bawa ke kawasan binaan ataupun kebun langsat. Sebenarnya sistem pacuan empat roda ini amat perlu kerana kuasa yang dihasilkan terlalu banyak, atau lebih tepat tork 800Nm @1,500 rpm, untuk dikawal oleh dua tayar belakang sahaja. Bentley juga menggunakan sistem pacuan empat roda untuk super-limosin mereka.

BMW-M760Li-xDrive-15

Sistem X-drive BMW sememangnya ditala untuk memberi kepuasan kepada pemandu dengan menghantar lebih kuasa ke tayar belakang berbanding dengan tayar hadapan, ini menjadikan M760Li bertindak seperti kereta pacuan roda belakang. Kebolehan mengawal tahap kuasa yang perlu dihantar kepada setiap tayar membolehkannya mencengkam jalanraya dengan baik ketika memecut dan melalui selekoh.

Teknologi pacuan dan casis yang canggih ini menghasilkan masa pecutan 0-100km/j sesingkat 3.9 saat. Porsche Carrera terkini pun memerlukan 4.6 saat untuk memecut ke 100km/j. Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik kepada 330km/j.

BMW menggunakan cakera 19 inci untuk menghentikan hampir tiga tan jisim dan ianya diserasikan dengan kaliper khas berwarna biru metalik yang mampu mencengkam kuat tanpa pudar walaupun digunakan berkali kali. Dengan cakera brek yang begitu besar, rim standard untuk model ini berukuran 20 inci dan ianya adalah rekabentuk eksklusif untuk M760Li.

BMW-00001

Malu nak guna label M pada 7-series anda?

Mungkin kita pelik kalau ada orang yang malu nak gunakan lencana M di bontot kereta mereka, terutamanya setelah membayar wang yang begitu banyak untuk peningkatan spesifikasi kosmetik dan dinamik, tapi hakikatnya ramai pemilik 7-series yang mungkin tak gemar jika orang tahu kereta mereka ialah model ‘M’.

Mereka mahu prestasi yang tinggi tapi mungkin tak mahu menarik perhatian pemandu kereta sports ataupun model ‘M’ lain ataupun geng AMG/Brabus. Untuk mereka yang tak berkenan dengan lencana ‘M’ mereka boleh memilih versi M760Li x-Drive Excellence yang tidak dilengkapi dengan sebarang lencana M.

BMW-M760Li-xDrive-12

Spesifikasi dinamik dan kosmetik, termasuk side skirt dan spoiler depan dan belakang dikekalkan tetapi kesemua lencana ‘M’ dibuang termasuklah di stereng dan dashboard. Stereng M diganti dengan stereng khas dan kaliper brek dicat hitam supaya kelihatan standard dan rekabentuk rim juga ditukar.

Kemasan krom digunakan di sekeliling tingkap dan bahagian bawah pintu bagi menepati imej Excellence. Hasilnya ialah super-limosin yang bergaya Bruce Wayne dan bukan Batman. Saya pilih versi Excellence dan tunggu kalau kalau ada Porsche 911 Carrera 4 s muncul di lampu isyarat. Carrera 4S perlukan 4.2 saat untuk memecut ke 100km/j.

Kalau 911 turbo, saya duduk diam diam, sebab ia boleh memecut ke 100km/j dalam masa 3 saat. Harga? BMW Malaysia belum ada keluarkan harga untuk model ini tapi ianya dijangka akan bersaing dengan Mercedes-Benz S-600 dan Bentley Continental dari segi harga.

BMW-M760Li-xDrive-Excel10 BMW-M760Li-xDrive-Excel7 BMW-M760Li-xDrive-Excel4 BMW-M760Li-xDrive-Excel3 BMW-M760Li-xDrive-Excel2 BMW-M760Li-xDrive-16 BMW-M760Li-xDrive-19 BMW-M760Li-xDrive-20 BMW-M760Li-xDrive-21 BMW-M760Li-xDrive-Excel1 BMW-M760Li-xDrive-15 BMW-M760Li-xDrive-6 BMW-M760Li-xDrive-4 BMW-00003 BMW-00002 BMW-00001 BMW-M760Li-xDrive-9 BMW-M760Li-xDrive-11 BMW-M760Li-xDrive-12 BMW-M760Li-xDrive-13 BMW-M760Li-xDrive-Excel11 BMW-M760Li-xDrive-Excel12

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply