ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bila DRB-HICOM nak umumkan pelan untuk Proton?

Views

proton-logo

Nampaknya ada kemungkinan pengumuman pelan masa hadapan Proton oleh DRB-HICOM akan ditangguhkan lagi. Kalau ikutkan, tahun lepas mereka sudah membuat pengumuman tetapi ditangguhkan hingga ke bulan ini. Namun sehingga sekarang masih lagi belum ada tanda-tanda bila ia akan dibuat. Ramai juga ingin mengetahui apakah perancangan DRB-HICOM untuk Proton, sebab mereka ternanti-nanti model apakah yang akan dikeluarkan untuk 5 tahun akan datang. Mereka sebenarnya ingin melihat Proton berjaya dengan perancangan tersebut, jadi bila DRB-HICOM boleh umumkan ye? 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Harap pelan-pelan yang diumumkan nanti adalah realistik dan dapat dilakukan. Apa yang menantikan adalah model-model yang akan dilancarkan pada tahun-tahun akan datang. Sampai hari ini, apa yang kita ketahui ialah secara umum dan masa pelancaran yang sebenar tidak diketahui:

    1) 2013 P3-22A Proton Prove Hatchback
    2) 2014 Global Small Car GSC
    3) 2014 enjin hybrid dan elektrik

    Macamana pula dengan model penganti Perdana, Exora naik taraf (facelift), Exora generasi baru P6-XXA, Saga generasi baru dan kita juga pernah dengar kod seperti P3-30A, P3-31A dan P3-32A dan terbaru Lukman cakap bahawa Proton akan membanggunkan model hatchback. Semua ini hanya bayangan dan konsep pun tidak pernah ditunjukkan.

    Harap mereka yang berada di DRB dapat beri sesuatu yang lebih jelas. Terima kasih.

Leave a Reply