ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran Volvo Bukit Bintang dirasmikan

Views

SISMA Auto, pengedar berdaftar yang baharu bagi Volvo Car Malaysia, telah merasmikan pembukaan bilik pamerannya di pusat bandaraya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang. Bilik pameran tersebut membawakan sentuhan mewah gaya Sweden di Segi Tiga Emas dengan menampilkan persekitaran perniagaan yang serba mewah dengan elemen reka bentuk Scandinavia, konsep yang juga dikenali sebagai Volvo Retail Experience (VRE).

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland berkata, VRE direka untuk mencerminkan nilai-nilai kami yang berasaskan inspirasi Scandinavia yang tenang dengan garisan bersih yang menyerlahkan daya tarikan visual luaran yang nyaman dan segar sementara bahagian dalamannya menawarkan suasana yang mesra dan menarik kepada pelanggan. Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim pula menambah bahawa bilik pameran baru ini akan membantu dalam menyerlahkan dan memperkenalkan barisan kereta mewah Volvo yang terkini.

Bilik pameran baharu ini akan menampilkan Perkhidmatan Concierge SISMA Auto, yang menawarkan pengambilan dan penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat. Sempena pembukaan bilik pameran baru ini, SISMA Auto menawarkan peluang untuk memenangi lawatan ke Sweden yang ditaja sepenuhnya kepada pelanggan yang membeli mana-mana model baru Volvo dari syarikat tersebut.

SISMA Auto juga masih amat komited untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia untuk jangka masa yang panjang dan akan terus menjalankan operasi cawangan Jaguar Land Rover di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan setianya.

Info bilik pameran Volvo Bukit Bintang SISMA Auto:

Alamat
Tingkat Bawah, Menara Worldwide, 198 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Nombor telefon
03-2166 5155.

Waktu Operasi
9.00 pagi hingga 7.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply