BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW 4 Series Coupé serba baharu – coupé sport bersaiz sederhana terbaru daripada pembuat kereta premium ini. Dengan penampilan yang memenuhi ciri estetika dan dinamik segmen kereta premium, BMW 4 Series Coupé serba baharu diperkenalkan dalam dua variasi iaitu BMW 428i Coupé dan BMW 435i Coupé.
“BMW mempunyai sejarah dan tradisi yang panjang dalam menghasilkan coupé sport premium. Kami sudah memiliki kepakaran ini berdekad lamanya. Dengan memiliki kuasa, ciri sport dan kehadiran yang lebih mantap berbanding model terdahulu, BMW 4 Series Coupé serba baharu dapat dikenali melalui dimensinya yang lebih panjang, lebih rendah dan lebih lebar. Ukuran coupé yang sempurna ini turut dibekalkan dengan penyelesaian penyambungan yang lebih pintar, selain prestasi dan kecekapan yang dipertingkatkan.” kata Dr. Gerhard Pils, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia.
Apa yang membezakan BMW 4 Series Coupé serba baharu sebagai satu-satunya kereta dengan transmisi automatik sport lapan kelajuan di dalam segmennya ialah ciri bergaya yang menghasilkan rupa yang gagah di jalan raya, keupayaan dinamik yang mantap dan tahap pemanduan yang mengagumkan.
Interpretasi BMW 4 Series Coupé serba baharu yang lebih sporty menunjukkan ciri kereta yang dinamik. Antara elemen baharu coupé ini termasuklah Air Breathers yang diletakkan selepas lengkung roda depan. Ia digabungkan dengan Air Curtains untuk mengurangkan seretan angin dengan ketara di kawasan lengkung roda selain memberi petunjuk visual kepada ciri aerodinamik BMW 4 Series Coupé serba baharu.
BMW 428i Coupé didatangkan dengan Sport Line sebagai ciri standard, dengan pakej M Sport opsyenal untuk para pemandu yang mahu membawakan kepakaran dan pengetahuan sulan pemotoran BMW yang unik ke jalan raya. BMW 428i Coupé Sport Line turut menampilkan roda aloi ringan jejari berganda 18” dengan suspensi M Sport
dan penutup cermin hitam berkilat. BMW 435i Coupé pula disediakan dengan pakej M Sport sebagai standard dengan roda aloi ringan jejari berganda BMW M 19”, dan suspensi M adaptif, bumbung kaca elektrik dan sistem akses yang selesa.
BMW 428i Coupé dilengkapi enjin petrol empat silinder 2.0-litre dan mengeluarkan kuasa maksimum 180 kW / 245 hp dengan kilasan puncak pada 350 Nm; bagi membolehkan BMW 428i Coupé memecut dari 0 ke 100 km/h dalam masa 5.8 saat dengan kelajuan tertinggi pada 250 km/j. Walaupun dengan pecutan yang pantas, penggunaan purata minyak dalam kitaran ujian EU berada pada paras 6.4 liter per 100 kilometer dan pelepasan C02
hanya pada paras 149 gram per kilometer.
BMW 435i Coupé pula mencapai 225 kW / 306 hp daripada enjin petrol sebaris enam silinder 3.0-litre, dengan kilasan puncak pada 400 Nm. Enjinnya pula berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam 5.1 saat dengan kelajuan tertinggi 250 km/j dan mencapai tahap penggunaan bahan api sebanyak 7.4 liter per 100km manakala pelepasan C02 hanya pada 172 gram per km.
Bahagian dalaman BMW 4 Series Coupé serba baharu yang sporty dipertingkatkan lagi dengan upholsteri Anthracite dan Kulit Individu BMW. Kemasan dalaman BMW 428i Coupé Sport Line didatangkan dalam warna hitam berkilat dengan kemasan sisi Coral Red matt dan roda stereng kulit sport. Manakala kemasan dalaman BMW 435i Coupé M Sport serba baharu dihiasi dengan Aluminium Hexagon dengan kemasan sisi Estoril Blue matt dan roda stereng kulit M Sport – di mana semua bahan ini adalah kombinasi bermutu tinggi untuk menonjolkan suasana mewah ruang dalaman coupé serba baharu ini.
BMW 4 Series Coupé serba baharu memiliki gabungan unik sistem bantuan pemandu dan perkhidmatan mobiliti untuk menetapkan tanda aras baharu daripada segi keselamatan, keselesaan dan maklumat hiburan. Melalui BMW ConnectedDrive, komitmen BMW kepada orientasi pemandu diperkukuhkan lagi apabila ruang pandu coupé ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi baharu dan kemudahan pengendalian yang tiada tandingan di dalam segmennya.
Warna-warna yang disediakan untuk BMW 428i Coupé termasuklah Alpine White, Black Sapphire, Melbourne Red, Mineral Grey, dan Glacier Silver. Manakala Estoril Blue pula ialah tambahan warna yang eksklusif untuk BMW 428i Coupé M Sport. Warna yang ditawarkan untuk BMW 435i Coupé M Sport pula ialah Alpine White, Mineral Grey dan Estoril Blue.
BMW 4 Series Coupé serba baharu akan mula dijual oleh pengedar BMW seluruh Malaysia mulai 18 Oktober 2013. Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) untuk semua BMW 4 Series Coupé serba baharu adalah:
BMW 428i Coupé Sport Line – RM 358,800.00
BMW 435i Coupé M Sport – RM 525,800.00
Pilihan Pakej M Sport – RM 30,000.00
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
fuuuhhhh… interior color dia mmng daring…
leather seat color camngitu memey terer