ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengenalan Ducati 899 Panigale hangatkan minggu MotoGP Malaysia!

Views

0002

Baru-baru ini sempena perlumbaan MotoGP Malaysia, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) menambahkan lagi kehangatannya dengan memperkenalkan model terbaru Ducati 899 Panigale di Litar Antarabangsa Sepang. Pelumba pasukan MotoGP Ducati, Andrea Dovizioso telah dijemput untuk memperkenalkan model tersebut yang mengikut jejak langkah Diavel Strada, Diavel Stripe, Hypermotard dan Hyperstrada yang dilancarkan sebelum ini.

Ini juga merupakan pelancaran rasmi yang pertama Ducati 899 Panigale di Asia dan motosikal tersebut telah diterbangkan khas ke Malaysia selepas pelancaran rasmi globalnya bulan lalu. Ducati 899 Panigale direka untuk memberi pengalaman tunggangan terbaik motosikal model perdana dengan ketelitian motosikal jalanan.

Dengan kerangka monocoque yang inovatif dan enjin baharu 899 ‘Superquadro’ L-Twin, ia mampu memberikan keseimbangan yang sempurna dari segi tunggangan dan ketidakstabilan selain menghamburkan 148 kuasa kuda yang merupakan intipati utama prestasti motosikal buatan Itali itu.

Dengan hanya menekan butang, Ducati’s Riding Mode memberikan prestasi dan dalam masa yang sama meningkatkan keyakinan penunggangnya dengan kombinasi teknologi yang terhebat dalam kelasnya. Ducati 899 Panigale turut dilengkapi dengan sistem ABS, Kawalan Cengkaman Ducati (DTC), Suspensi Elektronik Ducati (DES), Ducati Quick-Shift (DQS), Kawalan Brek Enjin (EBC) yang diadpatasi daripada pengalaman perlumbaan Ducati dan Ride-by-Wire (RbW) .

Ducati Malaysia telah bercadang untuk membawa masuk 899 Panigale buatan Thailand pada pertengahan 2014. Ducati 899 Panigale dijual pada harga RM 108,888 dan untuk penghantaran awal, ia akan diimport sepenuhnya dari Bologna, Itali.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply