BMW Group Malaysia meneruskan kejayaan model BMW 5 series sebagai peneraju premium business sedan di Malaysia degan pengenalan model facelift yang berlangsung di Swiss Watch Gallery (SWG) Art of Time, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan teknologi BMW EfficientDynamics dan BMW ConnectedDrive, BMW 5 Series facelift telah meletakkan penanda aras yang lebih tinggi dalam segmennya. Tiga varian diperkenalkan, iaitu BMW 520i, BMW 520d dan BMW 528i M Sport.
BMW Group Malaysia setakat ini telah berjaya menjual lebih daripada 6,800 unit BMW 5 Series generasi semasa sejak pengenalannya pada Mei 2010. Jumlah itu hampir melepasi rekod model sebelumnya iaitu sebanyak 7,735 unit dan BMW Group Malaysia yakin dengan pengenalan model facelift ini, ia bakal mengatasi rekod tersebut.
Dari segi rupa, perubahan telah dilakukan kepada luaran dan dalamannya supaya model ini lebih bergaya dan menyerlah. Rekaan bumper hadapannya tampak lebih garang manakala, indikator sisi kini telah digabungkan bersama cermin sisinya menjadikannya lebih elegan. Lampu hadapan Adaptive LED dan lampu kabus LED kini menjadi ciri standard untuk semua varian. Pada waktu malam rekaan lampu belakang LEDnya amat unik dan jelas menampilkan trademark BMW yang tersendiri.
BMW 520i dilengkapi dengan enjin 2.0 liter petrol dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang mampu menjana 135 kW/184 hp pada rpm maksimum 6,250 dengan kilasan puncak 270Nm pada 1,250 rpm. BMW 520i mampu memecut dari 0-100km/h dalam masa 7.9 saat dengan kelajuan tertinggi 233 km/h dan mencatatkan rekod penjimatan bahan api 6.2 liter setiap 100 km selain pelepasan karbon dioksida hanya 144 gram setiap km.
Untuk satu-satunya varian diesel, BMW 520d mampu menjana 135kW/184 hp daripada enjin berkapasiti 1,995 cc pada rpm maksimum 4,000 dengan kilasan puncak 380Nm pada 1,750 rpm. Enjin ini mampu memecut dari 0-100km/h dalam masa 7.9 saat dengan kelajuan tertinggi 250 km/h dan mencatatkan rekod penjimatan bahan api 4.5 liter setiap 100 km selain pelepasan karbon dioksida hanya 119 gram setiap km.
Bagi varian BMW 528i M Sport, ia mampu menjana 180kW/245hp pada rpm 6,500 dengan kilasan puncak 350Nm pada 1,250 rpm. BMW 528i M Sport boleh memecut dari 0-100km/h dalam masa hanya 6.2 saat dengan kelajuan tertinggi 250km/h dan mencatatkan rekod penjimatan bahan api 6.5 liter setiap 100 km selain pelepasan karbon dioksida hanya 152 gram setiap km.
Pilihan warna untuk BMW 520i, BMW 520d dan BMW 528i M Sport ialah Alpine White, Sophisto Grey dan Glacier Silver manakala warna tambahan termasuk Black sapphire dan Jabota hanya ditawarkan BMW 520i dan BMW 520d. Selain itu, warna istimewa seperti Carbon Black and Space Grey dikhaskan secara ekslusif untuk BMW 528i M Sport. BMW 5 Series akan dipamerkan di Concourse Entrance, Pavilion Kuala Lumpur mulai Khamis ini sempena Swiss Watch Gallery (SWG) Art of Time Exhibition. Model ini juga akan dipamerkan di pengedar sah BMW seluruh negara mulai hari ini (Sabtu) 12 Oktober hingga Ahad 13 Oktober 2013.
Harga (atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) untuk model ini adalah :
BMW 520i – RM 369,800.00
BMW 520d – RM 354,800.00
BMW 528i M Sport – RM 419,800.00
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI