Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan
UMW Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, telah melancarkan model Toyota paling popular di Malaysia, Vios generasi baharu. Dengan pelbagai naik taraf serta peningkatan, ia memberikan pelanggan ‘Nilai Melangkaui Kebiasaan’. Majlis pelancaran itu dihadiri oleh Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, Pegawai Pengurusan, Toyota Motor Corporation, Japan, Hiroyuki Fukui dan Timbalan Ketua Jurutera Vios generasi baharu, Takatomo Suzuki.
Vios generasi baharu menerapkan penggayaan baru yang lebih jitu, teknologi automotif maju dan ciri-ciri yang dipertingkatkan bagi semua varian, menawarkan kepada pelanggan nilai pemilikan dan kepuasan yang lebih tinggi. Sejak tempahan dibuka1 Julai lalu lebih daripada 8,000 unit sudah ditempah. UMW Toyota Motor mensasarkan jualan sekitar 36,000 unit model ini setahun.
Sejak 2003, Toyota Vios dipasang di Malaysia, di kemudahan pemasangan milik UMW Toyota Motor, Assembly Services SdnBhd (ASSB) Shah Alam. Sejumlah RM600 juta dilaburkan bagi projek Vios, antaranya untuk mendapatkan peralatan berteknologi tinggi serta melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran secara keseluruhan.
Selain itu, UMW Toyota Motor merupakansatu-satunya pengeluar kenderaan bukan nasional yang mempunyai kemudahan cetak-badan kenderaan (body stamping) lengkap di Malaysia. “Kami juga amat berbangga untuk mengumumkan kandungan tempatan model ini dipertingkatkan daripada 15% sejak kami memulakan pemasangannya pada 2003 kepada hampir 50% bagi versi terbaru ini,” jelas Datuk Ismet Suki.
Toyota Vios generasi baharu menawarkan pakej menarik, dengan alur rekaan dinamik bagi rekabentuk luaran, kabin yang lebih luas dengan ruang dalaman diberi sentuhan rekaan serba baru.Ia dilengkapi juga dengan spesifikasi yang dipertingkat, seperti sistem masukan pintar dengan butang penghidup enjin (Smart Entry & Push Start Button), lampu utama projektor, akustik penghadang angin, paras lampu utama berperingkat serta ciri-ciri keselamatan yang mencerminkan komitmen Toyota untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Masih mengekalkan enjin 4 silinder aluminium DOHC 16 injap, 1NZ-FE 1.5-liter yang sama dengan suntikan bahan api elektronik (EFI). Enjin ini juga mempunyai teknologi VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) yang meningkatkan prestasi, kecekapan bahan api dan juga mesra alam. Ia mampu menjana 80 kW (109 ps) pada 6,000 rpm dan kilasan maksimum 141 Nm pada 4,200 rpm. Transmisi 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual pula ditawarkan sebagai pilihan dengan beberapa komponen telah direka semula supaya lebih ringan, kompak dan mengurangkan berat kereta.
Dari segi keselamatan pula, VIOS generasi baharu telah mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan di Malaysia, seperti UN ECE R94 dan R95, yang mula dikuatkuasakan pada pertengahan 2012. Ia juga dilengkapi dengan beg udara berkembar SRS (Supplementary Restraint System), ISOFIX, ABS, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist, 2 sensor pada bumper belakang, dan lampu kabus yang telah dijadikan ciri standard bagi semua varian. Vios generasi baharu juga dilengkapi ciri keselamatan kenderaan mematuhi standard UK Thatcham-1, yang merupakan sistem keselamatan kereta yang tertinggi.
Toyota mengumumkan TIADA kenaikan harga bagi varian terlaris, Vios 1.5J dan hanya melakukan penyelarasan minimal dilakukan bagivarian-varian lain (Vios TRD Sportivo, 1.5G dan 1.5E). Harga atas jalan bagi Vios generasi baharu termasuk insurans bermula dari RM73,200 hingga RM93,200 bagivarian dengan spesifikasi lengkap. Model pemasangan tempatan ini didatangkan dengan jaminan 3-tahun atau 100,000 km (yang mana terlebih dahulu).
Berikut adalah harga dan varian yang ditawarkan :
- Vios 1.5 TRD Sportivo dengan transmisi automatik – RM 93,200.00
- Vios 1.5G dengan transmisi automatik – RM 88,500.00
- Vios 1.5E dengan transmisi automatik – RM 82,900.00
- Vios 1.5J dengan transmisi automatik – RM77,300.00
- Vios 1.5J dengan transmisi manual – RM73,200.00
Iklan Toyota Vios generasi baharu :
Brosur Toyota Vios generasi baharu :
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
klu model proton wat design rear camtu msti kaw2 kena kutuk….
Ada orang puji ker toyota buat design camtuh?
sbb yg ni toyota, orang buat tak tau je..hehe
Pelancaran keta baru tapi tak perlu tunggu PM. Jalan jugak
tahu tak per.
“Dari segi keselamatan pula, VIOS generasi baharu telah mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan di Malaysia, seperti UN ECE R94 dan R95, yang mula dikuatkuasakan pada pertengahan 2012”. LOL.
tapi bagus si Toyota advertise mcm tu. bagi org tahu. Padahal benda nh org tak tahu pun aper fungsi.
NCAP bape ek? 😉
Sbb MOT dah stress UNECE R94 & R95. Banyak lg carmaker yg minta delay arahan ni.
Tapi saya kira Toyota masih tak cukup berani nak letak berapa bintang NCAP macam Proton. Hehe
OK la…tapi 2 airbags je…
xde ESC/ VSA/DSC pulak tu…. not much value for money
pastu rear torsion beam aje? cheapskate!
mmg x perlu tggu PM sbb bukan kereta nasional
memula tgk awal taun aritu mmg cantik tp hanya kosmetik tp masih pakai enjin yg dah berusia 10taun
dah x dijemput..
Design depan sleek dan sporty, tapi tak padan dengan design belakang. apa pun tanpa diragui model ini akan menjadi bestseller bagi segmen kereta bukan nasional di malaysia, menyambung legasi vios terdahulu.
Sebelum ni penggunaan komponen tempatan 15% tapi sekarang dah jadi 50%. UMW akui dapat lebih banyak rebate cukai kerana penggunaan komponen tempatan yang lkebih tinggi. Tapi kenapa harganya makin tinggi daripada Vios generasi sebelumnya? Profit margin lebih tinggi?
semakin tinggi penggunaan komponen tempatan maka semakin tinggi la harga kereta.bukan toyota je,kereta lain pun same. so, term tersebut diguna hanye utk menunjukkan syarikat kereta yg berkenaan telah menyumbang kepada negara,memberi pekerjaan dan membantu usahawan tempatan..nk kereta murah,pergi negara lain.hehe
Kekadang barang import. Assembly nut satu. Tukar packaging local. Dpt status local part.
la…. tak tau ke? itu namanya perniagaan…
dia dah tau campak apa pun kat market org mesia tetap beli…so, dia sembelih lebey sket aaa….bole bagi bonos 9-10 bulan ujung tahun…. hahahaahhaha….
dah berhari2 buat penilayan akhirnyaku pilih Suprima S…selepas test drive suprima s di juru…Alhamdulillah dah tempah, skarang sedang menunggu….dah x sabar rasanya, tiap2 malam termimpi2..hehehe…
Suprima-S is a smart choice bro!
tahniah!
dah tgk tadi…. seat utk trd tu syok jugak duduk…. lain2 mcm tuan tuan komen….
ada test drive tak?
camne bawak? handling macam sampan jugak lagi ke?
lum lagi….
Kali ini saya minat dengan interior nya..kemas sedikit, elegant dan sedaplah mata saya memandang. Lebih admire daripada Almera yg bulat-bulat tu…
Mungkin dashboard 208 dan Rio agak complicated sedikit. Tapi pada Vios, kira oklah..lagipun ia tak banyak feature yang perlukan banyak button macam Fiesta..
Exterior ehm…family face Toyota yang baru cantik dah. Macam Toyota Auris..cuma kenapa ASEAN dapat rekaan macam ni? Adakah ini trademark kereta ASEAN?
i hope to test this vios, but i think not much to expect from older vios when it has the same engine and ot much of the dimension.
what i do is to go for a kia cerato, i found that the suspension is a bit willow, and the engine is not spiritedly offered by its 1.6 . so at the price of 99k all i can say the suprima s and exora bold is the best buy with more a responsive cfe engine.
yes there will always people who praise vios. the name of a dream car. even the school leavers talk about vios. and sells in good volume people who are nearly got hired by companies or government sector will grab one although they suffer at the end of the month,
,…,sigh
Bg sy jika dahulu org yg berminat dgn vios lama tetapi tidak menyukai design dia mungkin akan berubah fikiran, lihatlah perbezaannya, sangat ketara, jika dahulu vios bukan dlm list sy, skrg sudah berubah
oh really,, you like it?
actually the car has an ill propotion
aku dah tgk vios ni. aku cuma nk puji bab interiornya sbb toyota pandai memanipulasikan material dan warnanya agar ruang dalam dan dashboard nampak kemas dan luas. walhal, banyak je part plastik keras yg digunakan.
sape2 nak beli vios baru ni, elok ambil G spec RM88k.
trd is batter,, 93k maybe with trd supercharger ,hehe.
this will eat suprima s and exora bold for breakfast. hoho.
oh no sssh (its a 10 years old vvti 1.5 with a harsh engine at high rpm)
who cares, 90k is a status quo.
Toyota bijak tarik pembeli dgn main byk2 kosmetik, itu dr awal aku ckp dari mata inilah ramai yg tk tido lena waktu malam. So ape yg ade under hood tu org2 pro kt sini je kesah. Proton jauh lbg best in handling and safety, tp org Malaysia tetap cari cosmetic-wise pleasure. Aku dh bosan naik keta VIOS 2010 member aku.. handling n suspension xbest. Bg aku SAGA ‘kodi’ tu sedap lg suspension. So, dgn spec engine boleh masok muzium ni, pcyalah berduyun2 org Malaysia akan beli keta ni…hahaha… PROTON kena belajar faham ‘jiwa raga’ rakyat Malaysia.. jnji cantek dimata.. xpndai masak pun xpe.. hehehe
ada betul jugak tu bro…
tapi alah…. kalo Proton tu buat la macamana pun, payah org nak nampak elok…takde standard lah apa lah…
kalo toyota, henjen n transmission outdated, safety xde, handling mcm sampan pun best je pada org ramai… masing2 rasa dh mcm bawam keta sport dah kalo bawak vios ni..
emm..dulu Preve Sekarang VIOS 2013 kena….
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/1378169_10202204951074375_518691853_n.jpg
eleh…setakat keta brand jepun jd camtu org msia x kesah le…lain le proton…mmg kecoh 7 keturunan…
hahahaha…. nice one bro!
tidak syak lagi!
Toyota kencing ni…
keta ni 30kg lagi berat dari model sblm ni….dengan engine and transmission yg sama dia claim fuel consumption lagi bagus pulak….tak ke hancing bau kencing dia tu?
88K dgn 2 airbags? xde 5 star rating? huiii……agak2 la….look around u my friends….ini mencekik namanya
memang sapa beli memang x sayang duit…dan tak sayangkan keselamatan diri…
apahal vios ada lining krom kat bonet belakang..kalau proton takpa la sbb trademark dia..dah tgk on the road..bodykit mcm terover over la pulak…
vios lg best dari protin fulu saya pakai wira enam bulan hydric bonet balakang tettangal weidingnya sejak tu saya jji artas nama proton x nak beli lagi lebeh baij beli perodua lg besat