ARKIB

KATEGORI

Buletin

MINI Malaysia raikan kanak-kanak dan peminat fesyen British!

Views

MINI Malaysia  Doing Somethingfor the  Kids and British Fashion!

MINI Malaysia menyokong Kids Uniting for Kids Festival yang merupakan acara amal persembahan Capoeira yang akan dipersembahkan oleh Movimento Simples de Capoeira Malaysia (MSCM). MINI dan kanak-kanak MSCM akan membawa semua orang untuk mengutip dana dan memberi kesedaran supaya dapat membantu pusat kebajikan 24 jam Yayasan Chow Kit untuk menyediakan makanan, aktiviti, terapi, pengurusan kes dan program pendidikan untuk kanak-kanak yang berisiko dan remaja di sekitar Chow Kit. Saksikan sendiri kehebatan seni bela diri terkenal dari Brazil, yang menggabungkan elemen tarian, akrobatik dan muzik.

Berikut adalah aturcara program :

Kids Capoeira Workshop
Tarikh : Sabtu, 5hb Oktober 2013
Masa : 10pg – 2ptg
Tempat : The Club, Bandar Utama

Sunday Market
Tarikh : Ahad, 6hb Oktober 2013
Masa : 4ptg – 8mlm
Tempat : The Square, Publika

Kids Capoeira Batizado
Tarikh : Ahad, 6hb Oktober 2013
Masa : 4.30ptg – 6.30ptg
Tempat : The Square, Publika

Bagi peminat fesyen pula, MINI Malaysia dengan bangganya untuk menyokong GREAT Retail Fashion Campaign yang bakal berlangsung di pusat membeli-belah seluruh negara bermula taking place in malls nationwide from 23hb September sehingga 16hb November 2013! Dianjurkan bersama British High Commission Kuala Lumpur danUK Trade  & Investment (UKTI), kempen ini mensasarkan untuk mempromosikan kehadiran jenama dari UK di Malaysia selain menarik peniaga baharu dari UK ke negara ini.

Anda juga berpeluang untuk memenangi percutian membeli-belah ke London untuk 2 orang termasuk penginapan 3 malam di suite hotel dan baucar membeli-belah bernilai £1,000! Peminat MINI juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama tersebut dengan berbelanja minimum RM250 untuk aksesori dan barangan gaya hidup MINI di pengedar sah dan menyertai peraduan yang berlangsung mulai sekarang hingga 3hb November 2013 dengan mengisi slogan ‘Shopping is GREAT because..’ .

Hadiah lain termasuklah percutian ke Pulau Pinang dan seorang pemenang bertuah bakal memandu sebuah MINI untuk menghadiri makan malam ekslusif bersama pereka tempatan tersohor, Datuk Jimmy Choo OBE. GREAT Retail Fashion Campaign bakal diakhiri dengan pertunjukan fesyen selama 3 hari bermula 14hb November hingga 16hb November di KL Fashion Weekend. Acara tersebut turut dihadiri oleh pereka fesyen ikonik British, Zandra Rhodes dand Chef  Selibriti, Gary Rhodes.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply