ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Financial Services Malaysia perkenal kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer

Views

BMW Group Financial Services Malaysia telah memperkenalkan kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer – iaitu sebuah pembaharuan terhadap Program Full Circle, yang merupakan program pembiayaan dinamik untuk memberi bantuan bagi pembiayaan kenderaan-kenderaan BMW dan MINI di dalam negara.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, inovasi yang diterapkan dalam BMW Group berteraskan pelanggan, bermula dari kenderaan premium sehinggalah ke servis premium. Tobias Eismann, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services di Malaysia pula berkata, kempen BMW Full Circle Recharged adalah program pemilikan eksklusif yang dibangunkan khusus untuk model BMW iPerformance seperti BMW 330e M Sport, BMW 530e Sport yang pertama, BMW 740Le xDrive dan BMW X5 xDrive40e M Sport.

Mnerusi kempen ini pelanggan boleh menikmati harga BMW 330e M Sport bermula dari RM 2,918.00 sebulan, BMW 530e Sport yang pertama bermula dari RM 3,908.00 sebulan, BMW 740Le xDrive bermula dari RM 6,668.00 sebulan dan BMW X5 xDrive40e M Sport bermula dari RM 4,718.00 sebulan. Dengan setiap permohonan yang berjaya melalui kempen tersebut juga akan menerima set komplemen pakej BMW Life Recharged yang merangkumi Fitbit Charge 2 dan HoriznStudios edisi terhad bagi BMW Board Case, 33L.

Program MINI Full Circle Urban Explorer menawarkan kenderaan MINI Cooper S Countryman Sports bermula dari RM 2,698.00 sebulan, sekali dengan set MINI Urban Essential yang didatangkan dengan alat pembancuh kopi Nanopresso dan Fitbit Charge 2 juga akan diberikan bagi setiap permohonan yang diluluskan.

Program Full Circle menawarkan pelbagai opsyen untuk pemilikan kenderaan yang menyeluruh, menawarkan pengalaman mobiliti yang lancar dan pada masa yang sama menjamin nilai kenderaan yang dibeli sepanjang tempoh pembiayaan yang dipersetujui. Syarikat sedang melihat peralihan gradual terhadap trend pembiayaan yang konvensional melibatkan pembiayaan kenderaan bagi tempoh 5 tahun atau lebih, ke pembiayaan yang berteraskan pengalaman pemanduan moden yang membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka setiap 2 hingga 4 tahun.

Kempen Full Circle Recharged telah bermula semalam dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018. Perkembangan pasaran yang terbaharu serta kepercayaan pelanggan terhadap jenama-jenama BMW telah membolehkan BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan BMW 318i Luxury dengan ansuran bulanan yang kompetitif yang bermula dari RM 2,098.00. Program ini turut menawarkan BMW X3 baharu dengan jaminan nilai masa hadapan kenderaan ini pada kadar lebih 50 peratus dalam masa 3 tahun yang akan datang dengan ansuran bulanan sebanyak RM 3,808.00.

Kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer merupakan sebahagian daripada Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan program keahlian BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.

Butiran lanjut mengenainya boleh didapati di mana-mana cawangan Pengedar Sah BMW dan/atau MINI, melalui e-mel di [email protected] atau melalui talian 1800-88-3000.

Sempena Hari Raya ini BMW Group Malaysia juga menawarkan rebat menarik dan penyelesaian pembiayaan yang kompetitif bermula dari 1.22 peratus untuk pelbagai model BMW, bersama dengan promosi BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow untuk model BMW iPerformance terpilih. RAYA@BMW akan diadakan di semua pengedar yang sah dan pada tarikh di bawah, dengan pelbagai aktiviti menarik menanti untuk seisi keluarga.

PengedarTarikh
Ingress Damansara30 Jun – 1 Julai
Ingress Puchong30 Jun – 1 Julai
Wearnes30 Jun – 1 Julai
AB Glenmarie30 Jun – 1 Julai
AB Kuala Lumpur30 Jun – 1 Julai
AB Sungai Besi30 Jun – 1 Julai
AB Johor30 Jun – 1 Julai
AB Penang30 Jun – 1 Julai
AB Balakong30 Jun – 1 Julai

Untuk maklumat lanjut mengenai RAYA@BMW, sila layari www.bmw.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply