ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua terima tempahan aramada 1,000 unit bagi perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing

Views

Perodua telah menerima tempahan 1,000 unit Bezza dan Axia, pembelian armada pertama bagi perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Datuk Dr Zahari Husin berkata syarikat dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sebuah syarikat perkhidmatan ride-hailing dan sebuah syarikat perkhidmatan ride-sharing yang beroperasi di Malaysia telah menempah 1,000 unit Axia dan Bezza.

Beliau berkata bahawa jualan armada kepada syarikat-syarikat tersebut amat penting buat Perodua kerana ia membuka pasaran baharu buat syarikat kereta kompak itu. Ini merupakan tanda kepercayaan syarikat-syarikat tersebut kepada kenderaan Perodua yang berkualiti, selamat serta mempunyai kos operasi yang rendah.

Perkembangan perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing di Malaysia telah merevolusikan pengangkutan bagi rakyat Malaysia, dan Perodua amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini ke arah pengangkutan yang lebih cekap dan mampan untuk semua. Perodua mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka.

Secara keseluruhan, lebih 300,000 Axia dan 100,000 Bezza telah dijual sejak pelancaran masing-masing pada 2014 dan 2016. Kedua-duanya merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah diperakui kerajaan dan menguasai segmen kenderaan masing-masing sejak pelancarannya. Perodua baru-baru ini melancarkan varian baharu Bezza GXtra bagi menggantikan varian 1.0 Standard G di Autoshow Malaysia 2018 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) baru-baru ini. Bezza GXtra menawarkan spesifikasi trim setanding dengan 1.3 Premium X tanpa sebarang kenaikan harga.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply