ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia buka pusat 4S baharu di Sabah

Views

BMW 04

BMW Group Malaysia  kini semakin berkembang di Malaysia Timur dengan pembukaan pusat 4S (Jualan, Servis, Sistem dan Alat ganti) BMW, MINI dan BMW Motorrad di Kota Kinabalu, Sabah. Ia dimiliki oleh FM Autohaus dan terletak di Lido, Jalan Penampang. FM Autohaus juga merupakan pengedar pertama MINI dan BMW Motorrad di negeri Sabah.

Dengen berkeluasan 53,500 kaki persegi, ia akan mempamerkan kenderaan terkini di bawah jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri di bawah bayu itu selain memberi pengalaman premium yang memang sudah dijangka dari BMW Group. FM Autohaus juga dilengkapi dengan sebuah lounge yang membolehkan pelanggan merasasi suasana yang selesa dan santai semasa menghantar kenderaan mereka untuk diservis.

BMW 03

Dilengkapi dengan peralatan terkini BMW yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan berpengalaman, bilik pameran tersebut juga menempatkan 8 buah kenderaan untuk dipamerkan, 2 kaunter servis, 6 ruangan servis dan 2 ruangan diagnostik. Selain itu, FM Autohaus juga menjadi pengedar BMW Premium Selection yang menawarkan pelanggan BMW pilihan kenderaan terpakai yang berkualiti untuk dipilih.

Pembukaan FM Autohaus juga merupakan sebahagian daripada strategi BMW Group Malaysia untuk mengembangkan rangkaian pengedarnya diseluruh negara. Untuk tahun ini sahaja BMW Group Malaysia telah memperkenalkan 5 pengedar baharu BMW, MINI dan BMW Motorrad selain menaiktaraf pengedar sedia ada untuk menepati standard antarabangsa selain mengembangkan rangkaian pengedar kenderaan BMW Premium Selection.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply