ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan gesa Proton & Perodua lakukan kerjasama strategik!

Views

p1-p2-logo

Walaupun dalam keadaan pasaran yang yang tidak menetu dan persaingat yang amat sengit, kerajaan tidak boleh memaksa Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk bergabung, namun digesa untuk melakukan kerjasama strategik untuk meningkatkan kecekapan vendor dan meningkatkan kualiti kenderaan keluaran mereka. Menurut BERNAMA, Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Proton akan meningkatkan pasaran eksport kenderaan keluaran mereka sehingga 50 menjelang 2018. Proton juga dikatakan akan membentangkan plan hala tuju syarikat kepada kerajaan dalam masa yang terdekat.

Perodua pula kini sedang dalam proses untuk melatih pekerja mereka untuk mengurangkan kos dalam pembuatan kenderaannya. Mereka akan mengurangkan antara 20% hingga 30% kos pengeluaran model baharu mereka yang dijangka diperkenalkan tahun hadapan. Sedikit informasi yang saya terima setakat ini, pengurusan kilang baharu Perodua akan diletakkan di bawah Daihatsu. Perodua juga diberi lebih kebebasan untuk merekabentuk sendiri model baharu mereka dan model tersebut dijangka akan digunakan oleh Daihatsu untuk bersaing dengan model keluaran Datsun di rantau ini.

Kerajaan Malaysia juga baru-baru ini juga telah mengadakan perbincangan secara komprehensif bersama pihak-pihak berkepentingan di dalam bidang automotif mengenai mengetatkan Dasar Automotif Negara- Polisi Automotif Kebangsaan.

* Maaf kerana agak lama tak mengemaskini blog sebab kesibukan tugas. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply