ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia perkenal BMW 3 Series M Sport serba baharu

Views

9676407373_092ca1f571_h

Baru-baru ini BMW Group Malaysia melancarkan BMW 3 Series M Sport serba baharu, 2 varian khas BMW 320d dan BMW 328i yang kini ditambah dengan ciri-ciri yang lebih sporty dan karekteristiknya. Penampilan model baharu ini memaparkan elemen rekaan yang begitu meyakinkan, elegan dan dinamik. Warna ekslusif Estoril Blue metalik dan gril hadapan yang lebih lebar dengan kemasan hitam berkilat serta pakej aerodimiknya yang direka semula sepenuhnya memberikan BMW 3 Series perwatakan yang begitu unik dan berbeza. Bukan sekadar rupa, penambahan aksesori seperti suspensi M Sport yang telah diubahsuai tetapannya turut membuatkan kereta tersebut lebih rendah 10 millimeter selain rim aloi 18” M Star menambahkan lagi gaya sportynya.

Rekaan dalamannya menyerlah dengan stering 3 cabang M balutan kulit Nappa yang lembut, paddle shift, butang pelbagai fungsi, tempat merehatkan ibu jari yang lebih ketara dan roda stering yang lebih tebal memastikan genggaman yang lebih baik. Tempat duduk hadapan dengan kemasan kulit Dakota, kemasan Aluminium Hexagon dengan garisan berwarna Estoril Blue, penyandar kepala BMW Individual Anthracite, emblem M yang menghiasi kemasan pintu dan kunci kawalan jauh dengan warna Estoril Blue turut menyerlahkan gaya unik model ini.

BMW 3 Series M Sport menawarkan keselesaan dengan kelengkapan dan inovasi yang menyeluruh termasuklah teknologi suspensi yang sofistikated, pengagihan berat yang seimbang dan teknologi chasis yang kukuh memastikan pemanduan dinamik yang hanya boleh dijangka pada model keluaran BMW. Sistem suspensi M Sport pada model BMW 320d M Sport telah mengukuhkan lagi ciri-ciri dinamik pemanduan kereta dan mengeksploitasikannya secara maksimum tanpa menjejaskan keselesaan. Penyerap hentakannya yang dikawal secara elektronik pula mampu disesuaikan mengikut gaya pemanduan semasa dan keadaan jalan raya.

Unit kawalan elektroniknya pula memproses segala maklumat yang terdapat pada roda, pecutan dan kelajuan kenderaan selain posisi roda stering untuk mengadaptasikan parameter penyerap hentakan kepada profil jalan dan situasi ketika memandu. Pemandu juga boleh mengubah tetapan sistem suspensi untuk menambahkan keselesaan atau karektor sportynya melalui suis Driving Experience Control. BMW 320d M Sport dan BMW 328i M Sport serba baharu kini kini boleh didapati di semua pengedar BMW di seluruh negara. Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans dengan perkhidmatan BMW + Repair Inclusive (BS + RI ) adalah :

BMW 320d M Sport: RM 268,800.00
BMW 328i M Sport: RM 309, 800.00

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply