Baru-baru ini ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian fasa kedua untuk sebelas buah model. Pengumumaan itu dibuat sempena Hari Terbuka ke-2 ASEAN NCAP di ibu pejabat MIROS di Kajang. Toyota Prius, Honda Civic, Subaru XV, Suzuki Swift, Mazda 2, Mitsubishi Mirage, Toyota Avanza, Perodua Alza, Nissan Almera, Daihatsu Xenia dan Mitsubishi Pajero Sport merupakan kenderaan yang telah menjalani ujian tersebut.
Walaubagaimapun tidak semua kereta yang telah diuji dapat dilihat pada hari tersebut, namun ASEAN NCAP telah mempertontonkan 2 buah kereta yang telah diuji dan sebuah lagi kereta baharu yang terlibat dalam ujian fasa kedua itu. Pada sesi tengahari berlangsungnya mesyuarat ke-5 pengeluar kereta ASEAN yang bertujuan untuk menghasilkan suasana yang harmoni antara pemain industri dan ASEAN NCAP.
Buat pertama kalinya, satu forum telah dianjurkan oleh ASEAN NCAP atau lebih dikenali Focus Group Discussion (FGD) – untuk semua pengamal media, unit korporat/penjenamaan/pemasaran OEM dan rakan mereka, persatuan pengguna dan syarikat insurans. Ini merupakan platform untuk ASEAN NCAP berkongsi apa yang dimaksudkan dengan keputusan ujian yang boleh mengelirukan orang awam daripada sesebuah iklan kereta.
ASEAN NCAP merupakan tambahan kepada siri NCAP diseluruh dunia yang disasarkan untuk meningkatkan standard keselamatan, meningkatkan kesedaran pengguna dan menggalakkan pasaran kenderaan yang lebih selamat untuk rantau Asia Tenggara. Ini adalah satu kerjasama antara MIROS dan Global NCAP, yang juga telah membiayai fasa pertama projek. ASEAN NCAP turut disokong oleh ahli persatuan kereta dari Malaysia (AAM), Filipina (AAP) dan Singapura (AA Singapura). Pada masa ini, Jawatankuasa Pemandu NCAP ASEAN (SC) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon dan Jawatankuasa Teknikal (TC) dipengerusikan oleh Pengurus Pembangunan NCAP MIROS ‘, Encik Khairil Anwar Abu Kassim.
KEPUTUSAN UJIAN FASA KEDUA ASEAN NCAP :
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
Toyota Avanza = Daihatsu Xenia
Amazing…ALZA scored 4 star?? im wondering if these car threw into EuroNCAP…1 or 2 star maybe???
4 star utk frontal collision sahaja…rmai org salah paham..kalo euro-ncap kompem 1 star bukan 2 atau 3 star..side impct mesti dpt point very low
Kalau refer pada website Asean NCAP, cuma ada frontal test sahaja. Side impact, pole tak ada.
Asean Ncap ni masih tak lengkap kalau nak dibandingkan dengan Ncap lain.
yup, fasiliti tak lengkap lagi.. sebab tu ada kena buat ujian kat makmal luar
errm… macm ni baru betul…. bila dah ada official crash test report macam ni baru kita bole tau keta mana lebih selamat….brand aside
tahniah perodua, walupun ade khabo angin(bkn betul,gossip jek), utk production terbaru, dh tkr besi lain utk ikut kehendak ecer 94 n 95. Klu betul,alhamdulillah. Untung sapa beli alza tahun nih.
Yela, khabar angin jek sebab myvi lg best tuh, lg baru launch, sama gak passo yg myvi br lg best tuh, cume heran nape produk lame, alza tahun 2009,rating lagi tinggi dr produk latest 2011. Itu ajek. Tp bgslah, sekurang2nya, bab keselamatan dah dipertingkatkan. Itu pokcik suko. Tahniah2.
however..i still doubt Perodua’s structural strength 😉