ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW X1 dan BMW X3 diesel pemasangan tempatan diperkenalkan

Views

9727472127_f7480527e7_b

Selepas kejayaan model BMW X1 sDrive20i dan BMW X3 xDrive20i pemasangan tempatan awal tahun ini, BMW Group Malaysia memperkenalkan varian dengan enjin diesel termajunya, BMW X1 xDrive20d dan BMW X3 xDrive20d. Kedua-dua varian terbaru ini dipasang di kilang BMW Group Malaysia yang terletak di Kulim, Kedah.

BMW X1 xDrive20d dan BMW X3 xDrive20d dijana oleh enjin diesel 2.0 liter dengan suntikan bahan api terus, empat silinder common-rail yang mampu menghasilkan 184 hp dan dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ini membuatkan pemandu menikmati pemanduan yang lancar, berkuasa dan kecekapannya menyamai sistem transmisi dwi-klac.

BMW X1 xDrive20d mampu memecut dari 0-100 km/h hanya dalam masa 8.5 saat dengan kelajuan tertinggi 205 km/h dan pada masa yang sama mengekalkan kadar penggunaan bahan api yang terbaik dalam kelasnya, iaitu 5.4 liter bagi setiap 100 km. BMW X3 xDrive20d pula mampu memecut dari 0-100 km/h hanya dalam masa 8.5 saat dengan kelajuan tertinggi 212 km/h dan kadar penggunaan bahan apinya adalah 5.6 liter bagi setiap 100 km.

Bahagian dalaman BMW X1 dilengkapi dengan sistem infotainmen dan komunikasi dengan teknologi BMW iDrive bersama sambungan internet, Sistem Navigasi Profesional dan BMW Apps selain Park Distance Control. BMW X3 tampak lebih elegan dengan bumbung kaca panoramic serta rim aloi bersaiz 18″.

Untuk meningkatkan keseronokan memandu, kedua-dua model ini dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda xDrive (xDrive all-wheel drive), yang mampu meningkatkan ketangkasan dan cengkaman terutamanya semasa mengambil selekoh. Sistem ini juga disambungkan dengan DSC – Dynamic Stability Control yang terdiri daripada ABS, Dynamic Brake Control, Cornering Brake Control dan Dynamic Traction Control.

BMW X1 xDrive20d didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Midnight Blue, Mineral Grey, Sparkling Bronze dan Valencia Orangedengan pilihan kemasan kulit Nevada Black dengan piping Grey-Brown dan Nevada Terra piping kulit Grey-Petrol. BMW X3 xDrive20d pula didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Mineral Silver, Sparkling Bronze dan Vermillion Red dengan pilihan kemasan kulit Nevada Black, Nevada Red dan Nevada Havanna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, pemasangan model berenjin diesel teknologi termaju ini secara tempatan menandakan komitmen yang kuat syarikat untuk memperkenalkan lebih banyak kereta berteknologi hijau dan mampan untuk pasaran Malaysia. BMW X1 xDrive20d dan BMW X3 xDrive20d dilindungi dengan program Servis BMW + Termasuk Baik Pulih (BS+RI). Program ini membolehkan pemilik BMW boleh merasa lega selama tiga tahun atau 60,000km yang mana terlebih dahulu. Harga untuk BMW X1 xDrive20d adalah RM268,800 manakala BMW X3 xDrive20d RM348,800 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply