ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bomba tambah 100 unit trak Scania!

Views

Bomba truck

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bakal menambah 100 unit trak Scania dan setakat ini telah membeli 547 unit trak buatan Sweden itu. Model prime mover Scania P360 LA 4X2 MNA telah dipilih dengan 25 unit bakal dihantar tahun ini dan baki 75 unit lagi bakal diterima tahun hadapan. Prime mover itu telah ditempah bersama dengan semi-trailer yang membawa tangki air dengan kapasiti 20,000 liter dan bakal digunakan sebagai sokongan kepada Fire Rescue Tender di kawasan yang sukar untuk mendapatkan bekalan air.

Sebelum ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membeli 309 unit trak tegar Scania P310 DB 4X2 MNZ dengan crewcab yang mampu membawa 8 orang anggota sebagai Fire Rescue Tender (FRT). Scania P360 LA 4×2 MNA dijana oleh enjin 13 liter terkini dari Scania dengan 2-pedal Opticruise dan hydraulic retarder. Kombinasi ini menawarkan pemanduan yang mantap semasa situasi kecemasan, keselamatan dan keselesaan melalui kilasan tinggi yang dikeluarkannya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • SCANIA R-Series Highline.. mcm bwk BMW 7 series.. luxirous cabin.. tp truck la..Opticruise auto-clutch system, electronic retarder, raja bukit lerr.. bkn senang2 boleh drive..kena 1 week kursus @ Scania Shah Alam utk handle button-shift gear, electronics assist system. silap taruh.. puluh2 ribu company mau bayar. R Series jrg ada kt Malaysia kot.. mahal sgt…xde keperluan haulier jalan satu hari dh sampai.. tp most powerful machines on the road.. engine rev@1,900 rpm output 540kW, 720hp,V8-highest spec-R730.. so far blum ade truck lain boleh makan… dgn fuel consumption 20-30% lb jimat dari Japanese..


    • Bomba beli P-series, spec biasa punya Scania- 360hp, engine 6 -inline, DC 13 liter type, biasanya matched dgn trasmisi Scania GRS gearbox, Overdrive 14 speed, auto gearshift&auto clutch system-penting utk jg engine rev yg betul trutama masa nk panjat bukit. So, xbrgantung pd skill pemandu main engage-release cluth. Bwk truck bkn mcm bwk keta. silap engine rev. boleh melompat kepala truck tu.. hancus transmission& Gb, esp masa stand-still hill climbing., retarder biasanya optional. Spec special vehicle mcm bomba elok ada retarder, utk keselamatan bntuan membrek & handling.

Leave a Reply