ARKIB

KATEGORI

Buletin

Irv Gordon berjaya catat 3 juta batu menggunakan Volvo 1800S (1966) miliknya!

Views

132628_1_5

Irv Gordon dan kereta Volvo 1800S (1966) kesayangannya telah berjaya mencatat kejayaan yang sangat menakjubkan dengan mencatat 3 juta batu iaitu bersamaan 120 pusingan mengelilingi dunia. Mereka berjaya melakukannya berhampiran sebuah perkampungan di Seward Highway, Alaska. Beliau telah membeli Volvo 1800 Snya pada 1966 dan terus jatuh cinta sehingga tidak dapat berhenti daripada memandunya. Beliau telah berjaya mencatat 500,000 batu dalam masa 10 tahun. Pada tahun 1987, beliau telah meraikan 1 juta batu dan pada 2002, beliau telah berjaya mencapai jarak 2 juta batu sehingga mendapat perhatian dunia.

Untuk membuat catatan rekod 3 juta batu, kereta tersebut telah diangkut menggunakan trak ke Alaska dan Irv pula menggunakan kapal terbang. Setelah memandu beberapa hari, akhirnya meter kereta tersebut berjaya mencatat 3 juta batu yang merupakan jarak paling jauh dicatatkan oleh seseorang individu menggunakan kereta yang sama dan rekod ini telah direkodkan dalam Guinness Book of World Records. Volvo Cars dan Volvo Cars Heritage amat teruja dengan kejayaan tersebut dan memberikan penghargaan tertinggi kepada beliau. Ini secara tidak langsung membuktikan keunggulan kualiti Volvo dan Irv Gordon adalah satu-satunya individu yang telah membuktikannya.  Tahniah Irv Gordon!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply