ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bos rekabentuk LADA mahu ikut jejak KIA

Views

Lada-Xray-Concept-1[2]

Pengarah rekabentuk LADA, Steve Mattin akan mengubah halatuju gaya rekaan jenama tersebut yang sering dikaitkan dengan rekaan yang mempunyai gaya lama dan ketinggalan zaman. Beliau mengambil inspirasi bos rekabentuk KIA, Peter Schreyer yang telah berjaya mengubah rekaan KIA sekaligus menaikkan imej jenama kereta keluaran Korea itu.

Warga England berusia 48 tahun itu memulakan kerjayanya di Mercedes-Benz sebelum dilantik sebagai ketua pereka di Volvo pada tahun 2005 sehingga 2009. Selepas itu beliau telah menjadi ketua pereka di AvtoVAZ sejak 2011. Model konsep X-RAY adalah permulaan kepada proses transformasi tersebut dan dikatakan model ini memperlihatkan gaya rekaan terbaru LADA yang bakal melancarkan model SUV menjelang tahun 2016.

* LADA pun dah menyedari kepentingan rekabentuk sesebuah kenderaan bakal mengubah persepsi dan menaikkan imej jenama tersebut. KIA telah membuktikannya, PROTON jangan tunggu lagi, persaingan kini semakin sengit!

sumber : www.carscoops.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply