ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet bawa 64 penyokong tegar MU beraksi di Old Trafford

Views

Ini peluang baik untuk peminat pasukan Manchester United! Chevrolet akan membawa 64 penyokong tegar MU ke Old Trafford sempena Chevrolet Fan Cup 2017, yang merupakan pertandingan global untuk penyokong yang julung kali diadakan. Pengalaman ekslusif ini bakal memberi peluang kepada penyokong untuk menjejak kaki dan bermain bolasepak di gelanggang keramat Manchester United.

Selama dua bulan, Chevrolet akan mencari penyokong seluruh dunia untuk menjadi salah seorang daripada 64 penyokong bertuah yang bakal diterbangkan ke Manchester pada bulan Mei nanti.  Untuk mengambil bahagian, ikuti langkah langkah mudah berikut:

  • Follow dan like laman Facebook rasmi Chevrolet Malaysia
  • Hantar VIDEO atau kompilasi FOTO ke Facebook rasmi Chevrolet Malaysia official Facebook yang menunjukkan keghairahan anda terhadap kelab dan berpeluang untuk beraksi di Chevrolet Fan Cup 2017
  • Hantar VIDEO atau FOTO di ruangan komen pos CFC 2017 di Facebook dan sertakan #ChevroletFanCup untuk penyertaan anda
  • Simpan pos CFC Facebook anda supaya mudah untuk mencari dan menjejakinya kemudian.
  • Tertakluk pada terma dan syarat.

Di Manchester, pemenang akan berpeluang untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara pasukan Manchester United menentang Crystal Palace, bertemu dengan lagenda pasukan dan berlatih di akademi kelab yang terkenal. Kemuncak acara adalah pengalaman perlawanan profesional, termasuk menukar pakaian di bilik persalinan pemain dan berjalan melalui terowong stadium sebelum beraksi sesama sendiri di padang Old Trafford.

Layari www.ChevroletFC.com atau langgan Chevrolet www.youtube.com/user/ChevroletFC untuk melihat bagaimana Chevrolet menyatukan peminat. Untuk maklumat lanjut mengenai Chevrolet Fan Cup 2017, layari http://www.chevrolet.com.my/page/article/chevrolet-fan-cup atau ikut laman Facebook rasmi dan Instagram Chevrolet Malaysia @Chevrolet_MY.

KLIK UNTUK BESARKAN

CFC

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply