Jangan main main tau! Ini bukan kit badan kedai Ah Beng yang terus rivet je pada badan kereta. Mana mana pengeluar pun akan menguji segala apa yang pada kenderaan terbaharu mereka untuk tujuan ujian dan homologasi sebelum melancarkan model tersebut. Ini merupakan video intipan terbaharu Saga SE yang sedang menguji kit badannya di Lebuhraya Elite menuju arah Dengkil. Unit ujian tersebut dipandu pada kelajuan 130kmh sebelum masuk ke RnR Dengkil. Video tersebut berjaya dirakam oleh Fikri Nor.
KLIK UNTUK BESARKAN
alang alang SE, tukar la design rim tu sekali. buat dua tona pun ok gak
stuju tukar rim!
dan jgk dgn skirting tu nmpk kurang jongkit sikit blkg dia..dulu aku kutuk bezza..mtk maaf..
i second it , for SE it should look sporty.
Could be, SE can be Sport Edition..
Sebelum ini pernah membaca kenyataan Proton dari sebaran blog-blog automotive menyatakan model saga hanya akan menggunakan nadi 1.0L dan 1.2L sahaja apabila enjin baru dilancarkan(2018).. Manakala Iriz mungkin akan menggunakan nadi 1.2L T-GDI dan 1.3L T-GDI.. Persona Pula akan menggantikan 1.6L VVT kepada 1.5L GDI.. Preve/Suprima menggunakan 1.6L CFE untuk semua variannya.. Exora Bold FL akan revamp interior dan menggunakan nadi 1.5L T-GDI.. Perdana mungkin akan dijana oleh 1.5L T-GDI dan 2.0L T-GDI bagi menggantikan enjin i-Vtec sedia ada.. Seperti yang dilaporkan Kesemua enjin baru Proton menepati piawaian EURO6 emisi standard dan diklasifikasikan sebagai EEV.. Nampaknya hanya Preve/Suprima dan Ertiga akan menggunakan enjin sedia ada..
Adakah sebaran maklumat dari blog-blog tersebut benar belaka atau menjadi kenyataan dikemudian hari..?.. Kita nantikan..!