ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet Captiva turbo-diesel diperkenalkan

Views

Chevrolet Malaysia (Naza Quest Sdn. Bhd.) telah melancarkan variant terkini SUV Chevrolet Captiva , dengan enjin berkuasa turbo-diesel. Model tersebut sebelum ini telah dianugerahkan sebagai SUV/Crossover Terbaik, di Shell V-Power Autoworld Car of the Year 2011 Awards.

Enjin berkuasa pengecas turbo 2.0L Diesel VCDI menjana kuasa 360Nm bermula dari rpm serendah 2,750rpm dan 122kW/163PS pada 3,800rpm boleh didapati dalam variant LT dan LTZ. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan dengan fungsi Driver Shift Control (DSC) dan ECO mode yang sama terdapat pada varian petrol Captiva LT .

Model petrol dan varian turbo-diesel LT akan dilengkapi dengan rim aloi 18 inci yang sama, manakala varian LTZ mempunyai rim yang lebih besar iaitu 19 inci yang boleh meningkatkan keselamatan dan dinamik pemanduan selain memberi penampilan luaran yang lebih menarik.

Ciri asas yang terdapat untuk model ini ialah kemasan kulit yang mesra pengguna, electrically-operated parking brake, sistem bunyi 3 dimensi dan steering pelbagai fungsi untuk varian petrol dan juga untuk 2 model tambahan versi turbo-diesel.

Ciri keselamatan yang terdapat pada varian LT ialah seperti beg udara berkembar dan beg udara curtain, brek cakera untuk kesemua tayar dengan ABS (anti-lock braking system), EBD (Eelectronic brake-force distribution), traction control, ESP (Electronic Stability Program) dengan ARP (anti-rollover protection) dan Self-Levelizer (self-levelling suspension system) untuk kedua-dua varian turbo-diesel.

Harga Chevrolet Captiva tanpa insurans :-

2.4L Petrol ECOTEC AWD LT – RM 158,888
2.0L Turbo-Diesel VCDi AWD LT – RM 165,888
2.0L Turbo-Diesel VCDi AWD LTZ – RM 168,888

Chevrolet Captiva didatangkan dengan  3 tahun jaminan dan 3 tahun percuma alat ganti & kos buruh.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply