ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet Malaysia perkenal pikap Colorado Muscle

Views

Colorado_RED

Sempena kedatangan bulan Januari 2014 dan Tahun Baru Cina NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama di Malaysia memperkenalkal trak pikap Colorado yang dinaik taraf – Colorado Muscle. Model terbaru ini boleh dilihat secara dekat di Centre Court Mid Valley Megamall yang bermula dari 3hb sehingga 5hb Januari 2014.

Chevrolet Colorado Muscle menawarkan kuasa yang menakjubkan (193Hp), kelajuan puncak 180km/h, mampu memecut dari 0 hingga 100km/h dalam masa 10 saat dan daya kilasan yang tertinggi dalam kelasnya 500Nm pada 2000RPM. Colorado Muscle ditawarkan dalam 2 versi, 2.5L transmisi manual dan 2.8L transmisi automatik. Edisi ini dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Cornering Brake Control, Hydraulic Brake Fade Assist, Panic Brake Assist, Traction Control, Electronic Stability Control, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan mampu membawa beban seberat 1025kg. Ciri tambahan lain termasuklah MyLink connectivity, sambungan Bluetooth, USB, paparan skrin sentuh dan kawalan suara pada roda steering.

Siri jelajah di Mid Valley, akan bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam  bakal mempamerkan 5 buah model, Cruze Sport, Orlando, Sonic Hatchback, Sonic Sedan dan Colorado Muscle Edition. Pelanggan dialu-alukan untuk memandu uji dan menyertai sesi soal jawab yang membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Rebat tunai turut ditawarkan dan tempahan boleh dibuat terus di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Colorado Leaflet Outside

Colorado Leaflet Inside

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply