Kali ini laman blog www.azelery.com telah memuat naik beberapa foto spyshots Proton Global Small Car (GSC @ P2-30A) yang sedang melakukan ujian di Lebuhraya Elite. Foto-foto tersebut telah berjaya dirakam oleh Meegee Hassan dan Shahrul Azril. Jika diperhatikan pada foto di atas, model tersebut tidak mempunyai pengilap cermin belakang dan menggunakan rim besi. Ada kemungkinan ia versi asas model (GSC @ P2-30A) yang dikatakan bakal dijual pada harga dibawah RM30, 000 (info belum sahih).
Kita nantikan spyshots berikutnya selepas ini, kalau ada tu kongsikanlah ye 😉
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
bawah 30k?? hurm menarik
kalo xbwh RM30k jgn plak xde safety n feature wajib mcm keta murah thai n indo hampir semua xde..
ye lah logiknya kalau dh rakyat nk murah sgt2 senilai dgn harga relatif kete sorong buah sawit.. so kena terimalah seadaanya.. mana ada dlm dunia ni kita bayar murah dr nilai.. company mana yg nk rugi.. Toyota yg gergasi pun xbuat mcm tu.. ViosDugong 2013 safety cikai..xpdn dgn harga,.,
Setuju
Tu lah problem yer…bayangkn kalo p1 kua kete xde safety equipment n sbgai yer kompem kene bash kawkaw…bile ade sume tu harge tggi plak kene bash lg kawkaw x2
Org malaysia cume tgk harge kat thai/indo murah tp xtau kete tu xde AC xde seatbelt blakang etc
hmmmm, bosan dah tgk bertampal ni…
GSC ada pengilap belakang. pusatnya di atas cermin. bukan pada body.
😀
Pada aku yang macam ni lebih elok. Kalau yang kat body macam Myvi punya memang kureng sikit.
Bawah RM30k. Sesuatu yang baik untuk didengar setelah sekian lama. Harga macam ni pada Proton kali terakhir masa kereta kebal dulu la. Kalau Kancil yang kosong air cond pun tak ada dulu.
Diamati lagi, betuullah design macam ni belakang dia. http://tysonscornercars.com/wp-content/uploads/2013/10/2014-Nissan-Note-Rear-View.jpg
betullah, macam sama.
xpn macam diamond atas kepala The Sims.
hahaha
Kalau design iras-iras camtu, memang thumb up la sekali aku kasi. Not bad at all.
http://kereta.info/wp-content/uploads/2013/12/wpid-proton-gsc-compact-small-car-p2-30a-savvy-replacement.png
Try tengok yang ni pulak.
Lawa jugak. Takpe, kita nantikan gambar yang lebih jelas.
Nmbr plate kt bumper…tail gate ade emblem and kinda nice curve
hamba ingin bertanya,,enjin apakah yang bakal digunakan? adakalh masih lagi 1.3 iafm?
dongar kato,campro NFE dgn penjimatan minyak > 10 % compared to iafm..entah betui ke idok,tak tau le.
imo,
kete proton kena kasi ringan sket.
enjin kena hemat myk.
fit&finish harus mantop
🙂
Engine campro tu mcm dh end of life cycle dh kot?IAFM tu bkn zamannya lagi dah.. kena gradually stop dh pd Saga..
kena kuar generasi baru cepat. yg betul2 jimat petrol wpun robust usage..mau tkmau demand cost yg boleh lari-basic keta ialah enjin yg mantap.. itu pkok asas..
Engine compro klu nk guna jg tlg lah tune bg LEMBUt skit. Ini skrg bunyi ‘NGILU’ telinge dengar..dlm cabin pun naturally Campro jenis yg xsenyap..klu parking kt highway.. keta yg plg bising dgn bunyi2 segala macam kipas dan tepet loggar-like ialah keluaran Proton.. bunyi kipas xpyh ckp lah Exora.. mcm kipas radiator bas ekspres..
bila compressor diaktifkan engine mcm lost damping.. somewhere dynamic vibration.. itupun kena ada precision engineering.. itupun klu Proton RnD ada sifat2 tu..
nk hasilkan kereta berkualiti pd harga terendah volume production mesti tertinggi..
nk tinggi volume of production mesti target sebanyak yg boleh pasaran eksport.. especially negara yg penduduk ramai..
nk target untuk export mestilah setanding precision dgn player utama automotif.. sapa nk beli Proton klu pd harga yg sama blh dpt kjenama lain lebih berkualiti? negara luar tk fikir ah produk malaysia itu bagus dibeli..
Jadi kesan berangkai ini mahu tak mahu Proton mesti kena korbankan sesuatu jg utk capai..
Memang betul. Campro sepatutnya tidak dibawa ke model-model yang akan datang. Biar dia EoL sekali dengan model-model yang ada ni saja.
compressor kuat sejuk.kipas merc bunyi kuat jugak. slk merc punya bumbung vibrating.tek tek tek.langgar lobang .bawah seat bunyi spring.hm
kipas kereta pasang kat M’sia mmg kuat
bukan proton saja. Pug 5008 yg Naza bwk masuk pon mengaum kipas keta adik ipar aku, hmm, cost down kot.
Saya setuju bab precision engineering.
Cumanya bila raise di sini, aku tak rasa management proton amek tau bab2 ni (mcm tk guna jer ckp).
Proton buleh buat keta, cuma proton tk leh lg buat kereta yg sgt bagus – itu observation aku yg jujur; pintunya, NVHnya, sitting positionnya, door hinge nya.
Apa2 pon aku ttp kagum dgn Proton yg capai tahap ni.
Mungkin Proton patut merenung sekejap apa seharusnya dicapai selain mengejar mengeluarkan model baru dan model dari pelbagai segmen
Apapun reliability ngan QC kena kasi up dulu. Sebab benda ni jugak la aku dah berapa kali bertangguh nak angkat Preve. Sebab ramai orang yang asik nak kena membuang masa pergi SC nak rectify isu-isu ni.
NFE 1.3 & NFE 1.6..yg mana launch dlu x pasti…
Better keluar dua-dua serentak. Sebab kalau aku, lebih baik ambik 1.6 sebab enjin proton ni kalau 1.3 memang kureng pergi, tambah pulak dengan body yang biasanya lebih berat berbanding pesaing sama level.
google2 cari gmbar P2-30A…
nmpak gmbar ni..klau camni la design..mmg nice la.. XD
http://kereta.info/wp-content/uploads/2013/12/wpid-proton-gsc-compact-small-car-p2-30a-savvy-replacement.png
Design nampak macam iras2 Hyundai EON. Sikit jer la.
Kalau bawah 30k mungkin ianya spec paling rendah.
siapa2 boleh agak lebar sama dgn kereta apa? tk
kalau keluar seperti dalam lakaran ini ia boleh menjadi model myvi killerapi enjin fc lebih menjimatkan
kereta side mirror camtu rm 30 ribu… nampak sgt tak logiknya…
abis kalau nk ikut logik ko, kene rm 65 ribu ke?
sidemirror camtu honda city dah pakai lame dah orait je semorang takde pon komplen?
apesal bila proton buat ada banyak komplen
i kenot brain dis
Bukan dulu ko komplen ka pasai side mirror honda city tuh. Sekarang Proton buat ko kata ok plak. I kenot brain dis also.
apa lah korang nak risau sangat nie… tunggu jer lah bila dia keluar.. dah pun undang2 kereta baru dah ada.. min 2 airbag kene ada.. so sabar jer yer
hahaha, issue side mirror ni makin mnjadi2.. lawak laa.. aku rasa baik takyah ada side mirror lagi cun, jimat sket..
itulah, side mirror fiesta mcm tu xde pulak yh bising, hahaha
alah takyah macam macam la, side mirror takyah, signal pun takyah, org bukan pakai sgt pun skrg. kehkeh
memang betul pun xyah pasang signal indicator tu xsume yg guna pun…
keta macam ni patotnya dah pakai engine small displacement dengan turbocharger direct injection dah…baru competitive..
cuba korang bayangkan Savvy baru pakai engine 1.2TSI, torquey yet fuel efficient 🙂
baru la rakyat bole maafkan kecacatan kat tempat lain macm interior fit and finish, kipas radiator bising etc2….betul tak ?
satu lagi, PROTON kena bg perhatian serius pada AFTER SALES service….
kalo tak, tak guna la keluarkan keta yg hebat2 pun…rakyat dah serik
yes, after sales P1 mmg sangat mengecewakan.. yg supreb hanya masa USPD dulu.. tapi lepas tu.. smpai satu ketika DSZ pun mintak ada issue email terus pada dia…
USPD la bermasalah… EON yg ok dr dlu smpai skrg walaupun dah gabung dgn EDAR…
USPD tu tak silap rebrand jadi Proton Edar kot.. lepas tukar tu yang nampak elok skit
macamana after sales nak bagus, kalau kereta yg pasang dalam kilang dah bermasalah. seolah2 orang lain punya salah, orang lain yg tanggung akibatnya. sebab tu tak pelik kalau org komplen kat SC, mekanik jawab, “biasalah kereta proton”. Dia penat nak selesaikan masalah dgn tools yang tak setaraf dekat kilang proton sana. balik2 pelanggan datang komplen bunyi nyek2 kat fit n finnish part.
Masalah dgn after sales dgn kilang mmg tak abis2..
After sales COE kata, “bang ni budak2 belakang tu tak pasang betul!”
Bdk2 kilang kata, “kita dah ikut sop, dah lepas QC apa..”
Bagi aku, kilang ke, after sales ke, itu semua Proton. Customer tk nak tau sumer tu.
Dan yg penting, attitude aku2, kau2 tu mmg tak patut ada la..or else kita tak progress..
Proton kena ada kelebihan pada perkara2 lain yang bukan kualiti termasuk cost ownership kereta – termasuk harga kos kereta, harga maintenance part dan labour, enjin jimat minyak (bukan enjin performance) & kelebihan seperti safety 5 star dan kelebihan styling yang mesti melebihi at least toyota (on par with europe like volvo, volkswagen atau korea, kia sportage – stylign sahaja bukan semua feature) tapi yang paling penting adalah kos ownership disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Malaysia. Boleh keluarkan 2 variant kereta iaitu kereta SV (yang feature/safety kurang) dan variant medium & high line (feature banyak). Ini tidak kos maintenance kereta proton agak mahal jugak…..mungkin proton boleh advertise on perbezaan maintenance untuk competitor dan kereta proton.
ada spyshot baru di paultan..
Bahagian depan yang agak menarik. Dah tak ada dah design “wau” yang merapu tuh. Belakng tak tau lagik.