ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet Sonic akan dilancarkan tak lama lagi

Views

Chevrolet Malaysia bakal melancarkan model Sonic versi hatchback & sedan tidak lama lagi. Harga jualan model ini juga belum diumumkan secara rasmi. Sonic hatchback & sedan telah dipertontonkankepada umum semasa COTY2U Autoshow 2012 baru-baru ini. Kemungkinan model ini bakal menggantikan Aveo yang telah lama berada dipasaran.

Model ini telah diperkenalkan di Thailand dengan harga antara 548,000-687,000 Baht (RM54,500-68,400). Ia dijana oleh enjin 1.4L Ecotec yang mampu menjana 100hp dengan 130Nm tork dan dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan DSC (Driver Shift Control). Nantikan pelancaran model ini nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply