ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevron bantu mangsa banjir di Pulau Pinang

Views

Chevron Malaysia Limited dengan kerjasama Pen Petroleum Sdn Bhd, telah menganjurkan program komuniti bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang. Pelbagai bentuk sumbangan diberikan seperti pemberian wang tunai untuk kelengkapan persekolahan, barang keperluan asas dan barangan makanan kering termasuk beras, minyak masak, bungkusan kelengkapan dan selimut telah diedarkan kepada 400 keluarga yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Wakil Chevron, Peng Xiao Fei, Naib Presiden Produk Antarabangsa, rantau Asia Pasifik yang turun padang di Permatang Pauh untuk membantu menyampaikan bantuan berkata, selepas kejadian banjir antara yang terburuk pernah melanda negeri tersebut, mereka percaya setiap sumbangan amatlah dihargai. Syarikat berharap sumbangan mereka dapat membantu keluarga yang terjejas untuk bangkit semula dan gembira melihat negeri ini, terutama di pulau telah mula pulih.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply