ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad beri bantuan awal persekolahan kepada 1,100 orang pelajar di Pahang

Views

Seramai 1,100 orang pelajar di Pahang menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis sumbangan dari ANIH Berhad dalam program “Back to School 2018 (BTS2018)” yang bertujuan untuk membantu ibu bapa mempersiapkan anak-anak untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan. Ini merupakan tahun kedua ANIH Berhad melaksanakan program komuniti tersebut.

Untuk program tahun ini, syarikat telah memperuntukkan hampir RM40,000 bagi menyediakan kelengkapan persekolahan. Majlis penyerahan bantuan telah dilaksanakan secara berperingkat di Hari Kecemerlangan sekolah masing-masing mulai 16 hingga 22 November lalu. Antara sekolah yang menerima bantuan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Ulu Luit, Maran, Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh, Sekolah Kebangsaan (Felda) Sungai Nerek, Chenor dan Sekolah Kebangsaan Lentang, Bentong.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, sumbangan BTS2018 itu merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berteraskan komuniti yang dianjurkan sepanjang tahun ini. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Luit yang merupakan antara Sekolah Transformasi 2025 pertama di Malaysia, Tuan Haji Alias Bin Haji Samah berkata, pihaknya bersyukur kerana sekolah berkenaan buat julung kalinya menerima sumbangan daripada syarikat korporat.

ANIH Berhad memilih karya doodle sebagai tema BTS2018 untuk memanjangkan mesej kempen keselamatan LPT melalui pelajar sekolah selaku agen perubahan. Bertemakan “#LPTdihati: Bertimbang Rasa & Sabar”, doodle ini menyuntik elemen-elemen keselamatan di lebuh raya seperti saranan kepada golongan muda dan pengguna LPT supaya sentiasa berhemah dan mematuhi peraturan semasa menggunakan LPT.

Penggunaan teknik ini bertujuan menarik perhatian pengguna LPT, khususnya mereka yang masuk ke R&R untuk menghayati coretan mesej keselamatan yang dilakar pada dinding tembok. Ia bukan sekadar untuk menyampaikan mesej menerusi karya yang dipaparkan, malah boleh menjadi daya tarikan kepada pengguna untuk berswafoto dan kongsikannya di laman media sosial.

 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply