ARKIB

KATEGORI

Buletin

China mahu jual 35 juta unit kenderaan setahun menjelang 2025

Views

Kuasa baharu automotif global, China menyasarkan jumlah jualan 35 juta unit kenderaan setahun menjelang 2025 dan menjangkakan sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah tersebut merupakan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Dalam plan halatuju pasaran yang diterbitkan oleh Kementerian Industri China, negara tersebut berkata mereka mahu menjual lebih tujuh juta NEV setiap tahun menjelang 2025, satu kenaikan yang signifikan melebihi sasaran dua juta unit yang ditetapkan menjelang 2020. Tahun lalu, kenderaan mesra alam menyumbang kurang daripada dua peratus pasaran keseluruhan di China pada 2016 di mana 28 juta unit kenderaan berjaya dijual.

Kerajaan China telah menggubal beberapa dasar baharu bagi menggalakkan rakyatnya untuk mengutamakan pembelian kenderaan mesra alam, menurut laporan Reuters. Kualiti jenama keluaran China juga sudah semakin meningkat, manakala pengiktirafan jenama, reputasi dan pengaruh global semakin kukuh. Menjelang 2025, jenama China seharusnya berada dalam carta sepuluh pengeluar automotif global yang mempunyai jualan tertinggi. Dalam masa yang sama juga, China akan melonggarkan sedikit sekatan untuk pemilikan usaha sama yang sebelum ini hanya membenarkan pembuat kereta luar negara untuk memiliki 50 peratus pegangan dalam syarikat pengeluar automotif domestik.

KLIK UNTUK BESARKAN

China-Car-Sales-Goals-4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply