ARKIB

KATEGORI

Buletin

Doktor menang Kia Rio Sedan

Views

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dr Atiqah Farah Zakaria sememangnya sangat bertuah kerana dipilih sebagai pemenang hadiah utama peraduan “Buy a Car, Win a Kia” yang merupakan sebuah Kia Rio Sedan bernilai RM74,000. Beliau layak diumumkan sebagai pemenang setelah membuat tempahan model Kia Grand Carnival di acara Malaysia Autoshow yang berlangsung pada tahun lalu. Kia Rio Sedan itu merupakan tajaan daripada Naza Kia Malaysia Sdn Bhd.

Dr Atiqah berkata, ini merupakan kejutan yang terindah dan mungkin juga kebetulan kerana menjadi pemenang sebuah lagi kereta Kia selepas membuat tempahan Kia Grand Carnival di pameran auto tersebut. Ibu kepada lima cahaya mata itu juga akan menggunakan Kia Rio sebagai kenderaan harian manakala Grand Carnival akan digunakan untuk membawa mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman di Melaka pada setiap hujung minggu.

Tahniah kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1(1)a Photo 2as Photo 3(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply