ARKIB

KATEGORI

Buletin

CX-4 sah nama sport crossover terbaharu Mazda

Views

Sah! Kini teka-teki mengenai nama sebenar sport crossover terbaharu Mazda sudah terjawab. Secara rasminya ia dinamakan CX-4 (bukan C4 bahan letupan tu tau). CX-4 merupakan versi pengeluaran model konsep Koeru yang diperkenalkan pada tahun 2015 dengan rekabentuk badan gaya coupe.

CX-4 juga lebih rendah dan sporty jika dibandingkan dengan CX-5 dengan saiznya yang hampir 4.6 meter panjang, 1.9 meter lebar, dan jarak rodanya 2.7 meter yang menawarkan ruang yang cukup selesa untuk lima orang penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Masamichi Kogai berkata kepada Autonews, model pengeluaran ini akan memberikan lebih keseronokan memandu berbanding dengan crossover yang lain dari jenama tersebut. Mazda mungkin memasang enjin terbaharunya berkapasiti 2.5 liter empat-silinder turbocharged yang sebelum ini dipasang pada model terbaharu CX-9. Ia dijangka membuat penampilan pada penghujung tahun ini dan bakal memasuki pasaran pada awal 2017.

Mazda-CX-4-1 Mazda-CX-4-2 Mazda-CX-4-3 Mazda-CX-4-4 Mazda-CX-4-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply