ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perkenal Fortuner TRD Sportivo 2016 untuk pasaran Thailand

Views
New Fortuner TRD Sportivo – Path of the legend

Toyota Thailand telah memperkenalkan varian TRD Sportivo untuk model generasi kedua Fortuner. Versi sport trak pikap yang telah dipakai dengan aksesori khas dari TRD ini dikuasakan oleh enjin 2.8 liter 1GD-FTV turbo-diesel yang mampu menjana 130 kW (177 PS) dan 450 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik dengan Sequential Shift dan Paddle Shift.

Fortuner TRD Sportivo menggunakan pacuan roda belakang, namun sistem pacuan semua roda Sigma turut ditawarkan untuk varian paling mahal. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu White Pearl CS dan Attitude Black Mica.

Berikut adalah akesesori TRD Sportivo yang dipasang pada model ini:

Bahagian luaran
– Bumpar yang lebih sporty
– Rim aloi TRD bersaiz 20 inci yang dicat dengan warna hitam
– Abang pintu (door sills) TRD
– Peredam (muffler) TRD dengan kemasan krom
– Emblem TRD Sportivo pada pintu belakang

Bahagian dalaman
– Kelompok instrumen TRD
– Sistem butang penghidup enjin TRD
– Tempat duduk dengan kemasan dua-tona
– Sistem infohiburan T-Connect dengan paparan skrin sentuh bersaiz 7 inci
– Tikar lantai TRD

Model Fortuner generasi kedua masih lagi belum dilancarkan untuk pasaran Malaysia dan kami jangka ia bakal dilancarkan tidak lama lagi. Adakah UMW Toyota akan membawa masuk varian Fortuner TRD Sportivo ke pasaran Malaysia juga, sama-sama kita nantikan!

2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-wheel 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-top-view 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-suspension-set 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-key-fob 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-instrument-cluster 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-exhaust-tip 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-exterior 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-floor-mats 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-front-seats 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-front-three-quarters 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-engine-push-start-button 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-engine 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-door-sill 2016-Toyota-Fortuner-TRD-Sportivo-brakes

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply