ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Edar dedah spesifikasi rasmi Perdana 2.4 Premium!

Views

Jika dalam artikel terdahulu kami telah membongkarkan spesifikasi Proton Perdana 2.4 Premium, hari ini laman web rasmi Proton Edar telah memaparkan brosur spesifikasi rasmi model tersebut. Ini sekaligus memberi petanda model pertama Proton untuk tahun 2016 bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Kami difahamkan model tersebut bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini. Tempahan untuk model ini telah pun dibuka sejak 16 Februari lalu dengan jangkaan harga yang bakal diletakkan di antara RM100 ribu -150 ribu seunit.

perdana front

Berikut adalah spesifikasi Proton Perdana 2.4 Premium yang telah dimuatnaik oleh Proton Edar dan maklumat yang kami perolehi :

ENJIN & TRANSMISI
– Enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan teknologi Advance VVT berkuasa (177hp pada 222Nm tork)
– Transmisi 5-kelajuan automatik dengan Shift Hold Control dan Paddle Shift
– Tangki minyak berkapasiti 70 liter

KESELAMATAN
– 4 beg udara
– Cangkuk ISOFIX dan Top Tether untuk tempat duduk kanak-kanak
– ABS, EBD, ESC
– Bantuan parkir (kamera undur + sensor undur depan dan belakang)
– Tali pinggang keledar pra-regangan untuk dua penumpang hadapan
– Tali pinggang keledar dengan pelaras ketinggian

perdana rear

CIRI-CIRI ISTIMEWA
– Kawalan iklim automatik dua zon
– Lampu depan projektor xenon dengan lampu nyalaan siang LED (DRL)
– Tempat duduk elektronik boleh laras dengan sokongan lumbar : Pemandu – 8 cara, Penumpang – 4 cara
– Lampu “Follow Me Home”
– Penyandar kepala kekangan aktif semula
– Sistem audio bunyi keliling dengan enam pembesar suara
– Antena sirip jerung
– Kawalan Auto Cruise

PRAKTIKALITI
– Ruang kabin yang luas dengan ketinggian, ruang bahu dan ruangan kaki yang mencukupi
– Cermin sisi elektrik boleh dilipat
– Lampu depan automatik
– Alat kawalan pembuka but
– Lampu kabus depan dan belakang
– Sistem infohiburan Proton dengan skrin sentuh
– GPS terbina dalam dengan skrin sentuh

REKABENTUK
– Rekaan luaran yang elegan
– Kit badan dan spoiler belakang yang sporty
– Kemasan dalaman dua tona dengan tempat duduk kulit kombinasi warna hitam dan beige

PILIHAN WARNA
– Kelabu Graphite
– Perak Sterling
– Merah Ruby
– Putih Cotton
– Hitam Midnight
– Emas Citrine

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

perdana spesifikasi 1 perdana spesifikasi 2 perdana baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Lagi banyk genetik proton dlm perdana ni lagi kurang sambutan orang ramai. Siapakah yang sanggup beli jenama kereta serba mewah brand proton melainkan identiti honda masih kuat dalam perdana. Price stratergy amat penting untuk model ini.

Leave a Reply