ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu A-Concept kacukan Indonesia & Jepun

Views

Video :

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=BW49WYcTTvo&feature=player_embedded#at=27]

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=hAFhxrr4a1g&feature=related]

Ni la dia Daihatsu A-Concept kacukan Indonesia & Jepun yang diperkenalkan di IIMS (Indonesian International Motor Show) 2011. Hasil gabungan staff Daihatsu Indonesia yang dihantar untuk berguru di Jepun untuk mempelajari selok-belok pembikinan kereta. Ini mungkin persediaan Daihatsu untuk menjadikan Indonesia sebagai hubnya di rantau Asia, setelah mereka bakal membina pusat R&D di sana tak lama lagi.

Jika diperhatikan rekaannya banyak dipengaruhi oleh rekaan Hyundai, terutama di bahagian depan. Belakangnya pula lebih menjurus kepada rekaan Aston Martin Cygnet.  Tetapi jika dibandingkan dengan rendering EMAS Proton (gambar diatas), macam hampir sama je lampu & bentuk grill dia. Adakah Proton & Daihatsu bakal menjalinkan usahasama pada masa depan? Adakah Perodua bakal “rebadged” atau istilah yang lebih baik “mengadakan kerjasama teknikal” untuk menjadikan kereta konsep ni sebagai pengganti Viva pada masa depan? Kenapa Daihatsu tidak menjadikan Perodua hubnya di Asean setelah Perodua terbukti berjaya memikat hati pembeli di Malaysia? Hanya Daihatsu yang mempunyai jawapannya. 🙂

sumber : paultan.org

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Dah nak lancar tak lama lagi, tapi spec detail pun diorang tak bagi. Sama la macam Poton, dah nak lancar pun orang still tak tau PLUS tu menatang aper. Cuma agak mengecewakan sebab takde VVT sedangkan VVT dah satu benda yang biasa pada zaman sekarang, dah takde apa pelik pun. Cuma yang pelik ialah bila orang lain ada, tapi kita takde.


    • sepatutnyer kita kena bershukur. Ape yg kite ada, x semestinya org lain ada. You should go to india. See for yourself.
      FYI, sah-sah kereta belum lancar, x kan nak bagi tau spec dah. Org dah lancar baru g tau. Yg org lain bagi tau tu pasal leaks. Tu la automotif industri banyak paparazi. P1 dah banyak pengalaman pasal paparazi, pasal tu la deorg secret kan banyak benda even kat staff mereka. Nanti hilangla elemen suspen/teruja. Tengok myvi LB, org surprise sebelum launch dah. Jadi time launch org x berapa sangat dah. Mmg org banyak booking, tapi wow factor dah berkurang pasal org dah selalu tengok. Dengan kata lain “jemu”.
      Berkenaan vvt, mmg teknologi biasa tapi mesti ada sebab kenapa deorg x pakai vvt. Saya x pasti kenapa tapi sekurang2nyer ada improvement dari setakat tukar kaler and than change the name tu executive what so ever.
      But i know, it’s typical for human to says like that. Lagipun kehendak dan keperluan org lain2 dan berbeza. Sesetengah manusia x kan rase cukup ape yg dah die ada dan sesetengah dah bersykur ape yg die ada walaupun sedikit.

      Cheers….


  • mmm… rekabentuk dari blakang menganjur ke depan mmg cantik. Tapi x minat rekabentuk depan ar… konsep grill ternganga tu mmg x minat. x hensem:)

    Nie ar perancangan daihatsu. Menambah cawangan berbanding memperkasa perodua (yg dah establish utk pasaran compact m’sia) dlm menguasai pasaran kereta compact:) Sebab tu saya rasa design2 model yg nak ‘dilupus’ diorg bagi jer kat perodua dgn budget perodua supaya nampak baru dan daihatsu bleh bertumpu pada direction rekabentuk yg baru. Buktinya A concept nie. Lepas nie daihatsu bleh berbangga dgn strategi keluarkan model2 baru compactnya ; Serion baru tanpa kos RnDnya dan model A concept nie dgn RnD serta suntikan pelaburan teknologi dgn penuh bergaya:)

    Mmg diakui gaya strategi n pengalaman pasaran kereta compact daihatsu antara yg paling berjaya di dunia dgn jualan seluruh dunia mencapai 1 juta unit:)

    cheers!


  • tu lah perodua berbangga sangat dengan pencapaian “jaguh kampung”
    tetiba jer daihatsu gi invest kat indon
    lepas ni perodua x lebih dari skadar rebadge mcm naza/inokom
    dulu dah pandai import nautica, xlama lagi ntah myvi plak di import dari indon
    bagus sangat la tuh
    nasib baik ada proton, ada la tempat local talent dihargai


  • talent designer Indonesia pun tak kurang hebatnya, video no 2 tu menunjukkan yang kereta konsep ini direka sepenuhnya oleh pereka Indonesia dengan bantuan fasiliti Styling Studio dari Daihatsu..Perodua tak rasa tercabar ke? Bila lagi nak keluar rekaan sendiri? Diam-diam je Indonesia keluar concept car.. scara jujur kalau nak bandingkan dengan Bezza, A-concept ni jauh lebih menarik, balanced & proportion.. Bezza tu futuristik, tapi design nampak pelik sikit.. mesti ada orang yang bengang ngan saya lepas ni.. i don’t care 🙂

Leave a Reply