ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Proton bakal pertontonkan model konsep Suprima S dengan enjin Petronas NE01 di KLIMS13!

Views

Proton Suprima R

* gambar di atas adalah gambaran Proton Suprima R dari Theopilus Chin

Sebelum ini kita telah mengetahui info tidak rasmi mengenai apa yang bakal dipamerkan oleh Perodua sempena KLIMS13. Kali ini laman web malaysia motoringnews.com, pula mendedahkan Proton bakal memperkenalkan model konsep Proton Suprima S yang dilengkapi oleh enjin Petronas NE01 berkapasiti 2.0L di pameran sama November depan. Difahamkan Proton Suprima S dengan oleh enjin Petronas NE01 bakal memberi gambaran awal apa yang akan ditawarkan oleh Proton pada masa akan datang setelah membeli teknologi enjin daripada Petronas yang bernilai RM63 juta pada Disember tahun lalu.

Enjin Petronas NE01 juga kini dalam fasa terakhir ujian sebelum dikomersilkan tidak lama lagi. Enjin modular ini mempunyai kapasiti 1.8L hingga 2.2L dengan turbo. Berkemungkinan versi 2.0L aspirasi natural (N/A)  akan terlebih dahulu dikomersilkan sebelum varian lain menyusul kemudian. Saya juga mendengar khabar angin, Proton bakal mempamerkan model Suprima versi crossover di KLIMS13.

Saya juga berharap Proton akan memperkenalkan model konsep GSC untuk memberi bayangan awal mengenai rekaan model yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan. GSC bakal mempunyai 2 varian enjin NFE 1.3L & 1.6L dengan transmisi CVT & manual 5-kelajuan. Dengar cerita beberapa prototaip dah hantar ke IDIADA untuk crash test. Tak lama lagi ada la spyshots kot. Nantikan kemunculan Suprima S dengan enjin Petronas NE01 November ini!  😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Is NFE engine a replacement for current Campro? Any turbo version for NFE? Does it replace the turbo version used by current exora, preve and suprima s?

    Is NFE engine an aluminium or cast iron made?


      • NFE = Natural Fuel Efficiency = VVT (intake)
        CFE = Charged Fuel Efficiency = VVT (intake) + Turbo (low pressure)

        Dua-dua enjin ni Campro based.. dgr cerita NFE ni asalnya develop sekali dgn CFE dlm projek Phoenix tp digantikan dgn variant IAFM+ kemudiannya atas faktor yg tidak diketahui.. masuk Mgmt baru ni dia revive balik utk projek GSC..


  • off topic,

    Terspot 3 biji Exora CFE with 1 guna trade plate. 2 ada barang dalam tapi x sempat nak amik gambar nota dekat cermin depan. macam loading test. Tapi utk aper lagi loading test tu. Apekah????..

    p/s: terspot di masjid shah alam. nak solat tu tak sempat tu..


  • crossover………menarik tu…kereta kecik dengan enjin 2.0 pun menarik gak..lagi2 kalau enjin tu belum revise lagi..biar dia stock standard macam yang sama duk dalam kereta marhshall F1 kat sepang tu..baru masyuk power dia…


    • aku tak rasa NE01 ni ada versi 200hp…
      kalo tak silap dalm 180hp je kot… tapi aahhhh… 180hp utk keta proton dah stim sangat dah tu…. satria neo tak sampai 140hp pun berdesup je budak2 ni rembat..bunyik jela kuat…pg slow je..hihihiii….. yg laju tu dah pakai injin mivec la kot kalo bukan gsr turbo


  • Aku harap, enjin yang bakal dipertontonkan mempunyai teknologi yang paling tidak setara dgn enjin2 pengeluar lain.

    Di samping itu, proton perlu mempromosikan kecekapan guna tenaga/bahan bakar pada kenderaan/enjin mereka. Ini adalah kerana, ia menjadi trend kepada pengeluar kenderaan dunia. sbg contoh toyota dan honda sangat terkenal dgn hybridnya, VW dgn bluemotion tech, mazda dgn skyactiv, BMW dgn activehybrid. pendek kata pengeluar kenderaan lain berlumba2 dalam teknologi kecepakan guna tenaga.

    Proton mmg pernah mempunyai teknologi2 ini seperti REEV namun, mereka amat perlahan dalam mempromosi dan mengembangkan teknologi tersebut kpd pasaran. aku nak 5 tahun dari sekrang, kenderaan proton ada option hibrid.


  • REEV…em…dah lama kan kita mendengarnya..last2 masuk hybrid lain dulu…kereta cekap tenaga perlu d kuarkan Proton secepat mungkin…kenapa tidak berlaku facelift kalau malas sangat nak kuar model baru…kata nak capai 500K unit terjual..dengan model sedia ada n tanpa ada penambah baikan,proton perlu bekerja dengan lebih agresif…

    mungkin juga perlu kenaikan taraf kepada model2 lain yang belum bersara pengeluarannya untuk memenuhi varian penawaran dan menjadikan pemasaran proton lebih agrsif dan yang paling penting harga mesti tepat dengan pengeluaran kereta baru jenama luar yang mula mengeluarkan kereta dengan harga yang sangat kompetitif…

    pelan pemulihan proton ape cite


  • saudara pengarang …buatlah full review pasal pasal NE01…pergilah kilang proton sana tgk apa diorang buat kalau xnak semua orang hilang minat pasal enjin ni…

Leave a Reply