Jika semalam kami bercerita pasal Toyota Rush 2018, hari ini kembarnya Daihatsu Terios 2018 pula muncul dengan rekaan yang hampir seiras, hanya sedikit sahaja perbezaan antara satu sama lain. Rekaan hadapan Terios 2018 lebih mirip kepada model konsep DN Multisix yang telah dipertontonkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS), beberapa bulan yang lalu.
Dari luaran hingga dalaman Toyota Rush 2018 dan Daihatsu Terios 2018 berkongsi peralatan yang sama, yang membezakan hanya pada kemasan dan stereng. Enjinnya turut berkongsi unit 1.5 liter Dual VVT-i berkuasa 105 hp dan 140 Nm yang gandingkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.
Daihatsu menyasarkan jualan sebanyak 1,500 unit Terios 2018 apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak dan turut membekalkan model ini kepada Toyota sebagai Rush 2018 untuk dijual ke pasaran ASEAN yang lain. Mungkinkah Toyota Malaysia membawa masuk Toyota Rush 2018 untuk bersaing dengan Honda BR-V tahun depan? Apa yang kami tahu Perodua bakal mengeluarkan SUV pada 2018/19 yang mungkin berkongsi pelantar dengan model ini.
BACA >> Toyota Rush 2018 buat penampilan sulung global di Indonesia
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI