ARKIB

KATEGORI

Buletin

Benarkah Xing Mobility ‘Miss R’ lebih pantas dari Tesla Roadster?

Views
XING Mobility Miss R Teaser

Baharu sahaja minggu lepas, Elon Musk mengumumkan Tesla Roadster merupakan kereta eletrik terpantas di dunia tetapi ia telah mula dicabar oleh Xing Mobility menerusi prototaip yang digelar ‘Miss R’. Menurut syarikat yang berpangkalan di Taiwan itu, Miss R mampu menghasilkan 1,341 hp dan tidak seperti supercar elektrik lain, ia menggunakan motor elektrik berkuasa tinggi pada setiap roda dan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya 1.8 saat dan mencecah kelajuan 200 km/h dalam masa 5.1 saat.

Miss R menggunakan sel 4,200 lithium-ion 18650 sama seperti yang digunakan oleh Tesla Model S. Walau bagaimanapun, Miss R hanya mampu bergerak sejauh 249 km dengan bateri 52 kWh dan tidak mampu menandingi jarak perjalanan Tesla Roadster yang sejauh 1000 km. Apa yang menarik pada Miss R adalah rekabentuknya diinspirasikan dari kereta rali dan menampilkan set tayar yang agak tebal. Xing Mobility merancang untuk mendedahkan prototaip yang lengkap pada 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply