ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Daihatsu perkenal Move facelift untuk pasaran domestik Jepun

Views

Daihatsu sememangnya pakar dalam penciptaan kereta kompak dengan rekaan yang moden, retro dan praktikal. Daihatsu Move yang dikenali dengan Perodua Kenari di Malaysia kini tampil dengan wajah lebih segar dengan versi facelift terbaharunya. Model ini telah dinaik taraf dari model keluaran 2014 dengan beberapa penambahbaikan dari segi luaran dan dalaman.

Antara ciri-ciri yang dipertingkatkan pada Daihatsu Move facelift 2018 adalah :

  • Lampu hadapan LED.
  • Gril dan bampar hadapan rekaan baharu.
  • Susunan grafik reka letak lampu belakang baharu.
  • Pilihan jenis rim aloi.
  • Ergonomik ruang dalaman telah dioptimakan.
  • Sistem brek kecemasan kelajuan-rendah dengan pengesan pejalan kaki.
  • Sistem kamera dengan sudut pandangan-lebar.

Daihatsu Move facelift mempunyai ukuran dimensi 11 kaki panjang dan 4.8 kaki lebar. Ia dikuasakan oleh enjin 660cc dengan pilihan aspirasi natural atau pengecas turbo dan digandingkan bersama transmisi CVT dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda.

Pembeli juga boleh memilih beberapa kemasan yang ditawarkan dan harga jualannya di Jepun bermula dari 1,112,400 yen (RM43,000) hingga 1,749,600 yen (RM68,000). Kami tidak pasti samada Perodua berminat atau tidak untuk menghidupkan kembali nama Kenari dengan menggantikannya dengan Mover versi terbaharu ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply