Suzuki menayangkan beberapa lagi foto terbaharu Swift Sport menjelang pengenalan rasminya di Frankfurt Motor Show yang bakal berlangsung pada 12 September 2017. Foto-foto tersebut memberi gambaran lebih jelas dan lebih perincian yang ada pada model hot hatch ini.
Suzuki Swift Sport baharu akan menerima penjana kuasa petrol dengan pengecas turbo, 1.4-liter Boosterjet yang mampu mengerah kuasa sebanyak 138hp dan 220Nm tork yang turut digunakan pada model Vitara bagi menggantikan unit 1.6-liter aspirasi natural. Dengan berat hanya 870kg, Swift Sport baharu akan mempunyai nisbah kuasa ke berat sebanyak 159hp se tan. Ini sekaligus menjadikannya jentera poket-roket yang sangat mengujakan.
Ciri-ciri menarik Suzuki Swift Sport baharu:
- Paip ekzos berkembar yang bersepadu dengan diffuser belakang.
- Kerusi jenis bucket di hadapan.
- Stereng sport yang berbentuk rata di bahagian bawah.
- Kemasan berwarna merah pada papan pemuka dan benang jahitan pada tempat duduk.
- Paparan panel meter berwarna merah.
- Lampu kabus di belakang.
Butiran lebih lengkap mengenai model ini akan diketahui semasa pelancarannya kelak. Nantikan kemunculan global sulung Swift Sport baharu bulan hadapan!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI