ARKIB

KATEGORI

Buletin

Datsun kini kembali dengan Go sebagai model pertamanya

Views

New-Datsun-Go-Supermini-29[2]

Jenama Datsun secara rasminya telah kembali dengan memperkenalkan model supermini Go sebagai model pertamanya. New Delhi menjadi tempat pengenalan semulanya setelah menghilang sejak tahun 80an dan model Go juga turut dibangunkan di India. Model yang menggunakan enjin petrol 1.2 liter yang dipadankan dengan transmisi manual-5 kelajuan pacuan roda hadapan ini berharga INR 400,000 (US$6,700 / €5,100).

Model ini juga bakal diperkenalkan ke beberapa negara lain hujung tahun ini, antara negara tersebut adalah Indonesia, Russia dan Afrika Selatan. Datsun Go dibangunkan dengan menggunakan platform Nissan Micra sebagai asasnya dan digayakan semula mengikut gaya rekaan Datsun selain berkongsi tapak roda yang sama 2,450mm.

Adakah model ini akan dibawa ke Malaysia dan dihidupkan semula? Kita nantikan!

sumber : www.carscoops.com

New Datsun Go B Roll

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Big demand for Proton Saga SV

    Bookings for Proton Saga SV, launched by Proton Holdings Bhd only last month, has surpassed 12,000 units, Proton Edar Sdn Bhd chief executive officer Hisham Othman said yesterday.

    On the total number of Proton Saga SV that have been registered, Hisham said the initial target was only 2,000 units a month, but this month alone 5,500 units have been registered.

    http://www.themalaysianinsider.com/business/article/big-demand-for-proton-saga-sv

    P/S:- Kalau sales bulan ni sahaja dah 5.5k unit, maknanya dah jadi best seller. Patutlah perhati showroom Perodua sekarang ni penuh kereta Myvi dengan Viva dari dalam sampai ke luar. Alza je yang tak berapa nampak kat showroom Perodua. Saga SV ni memang dah kacau territory Viva dengan Myvi sebab range harga dia dalam group yang sama. Myvi pula yang Se 1.5 tu, beza RM100 intallment dengan Jazz CKD tu. Perodua kena buat bumper baru lagi untuk Viva dan Myvi jadi sales boleh naik semula.


  • Kereta ni ada banyak saingan yang hebat2 jgk.. tak pasti la dapat fight ke tak kat malaysia ni, design ok, aksesori macam tak banyak.
    Kalau letak harga murah mungkin dapat sambutan.

    p/s: gear dia tu mcm pelik.. kekeke

Leave a Reply