Tinggal beberapa bulan sahaja lagi Kuala Lumpur International Motor Show akan membuka tirainya selepas 3 tahun. Tarikhnya sudah semakin hampir dan pameran ini akan berlangsung mulai 15 hingga 24 November 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, dengan bertemakan “Kecekapan Mobiliti”. KLIMS13 dijangka menggunakan hampir 30,000 meter persegi ruang pameran dengan lebih 150 peserta mengambil bahagian dan bakal dikunjungi lebih 330,000 pengunjung.
Antara jenama besar yang mengesahkan kehadiran mereka di KLIMS13 adalah Lexus, Ford, Peugeot, Toyota dan Nissan. Difahamkan acara kali ini dijangka lebih besar dan meriah dengan kembalinya beberapa jenama terkemuka setelah mereka tidak menyertainya pada edisi yang lalu. Beberapa pelancaran model baharu dan kereta konsep bakal dipertontonkan untuk kali ini. Tunggu info dan perkembangan terkini KLIMS13 dari semasa ke semasa.
*Dah lama tak ada motorshow kat sini, edisi yang lepas saya tak dapat hadir, harap kali ini dapat la peluang tu. 🙂
Proton tak nak lancar prototype ke…
a’ah…harap ada prototype terbaru daripada Proton.
Pe pun…jangan prototype tak lancar plak…mcm jebat kasturi lekir lekiu..nasib tuah bertauah…n emas plak dah jadi besi biasa kot…
KLIMS ni selalunya tak ubah macam pergi showroom kereta aje tiap2 tahun. Better dia buat option macam NST COTY tu, masuk pun percuma.
Exactly, not worth going.
Gambar Datsun 2013. Macam Yaris!
http://www.motortrader.com.my/news/first-pictures-of-the-21st-century-datsun-go/
A working link of the above:
http://www.motortrader.com.my/news/the-first-datsun-of-the-21st-century/