Berita baik! Sempena menyambut perayaan Hari Krismas tidak lama lagi, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di KLK dan LPT 1. Diskaun ini akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.01 pagi hari Ahad, 25 Disember 2016.
Selain daripada itu, ANIH Berhad juga turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim perayaan Hari Krismas. Pengguna dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI