ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Ramalan Nujum Pak Belalang – Model yang bakal menanti pada 2017

Views

Cepat sungguh masa berlalu dan tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya lebih kurang masa 2 minggu sahaja lagi. Dalam tahun ini kita melihat begitu rancak sekali pengeluar kenderaan tempatan mahupun luar melancarkan satu per satu model mereka. Yang paling sibuk tahun ini pastinya Proton kerana tahun ini sahaja mereka melancarkan empat model baharu bermula dengan Perdana, Persona, Saga dan yang terakhir Ertiga.

Perodua juga mula menunjukkan taringnya yang sebenar dengan melancarkan model sedan EEVnya yang direka sepenuhnya oleh anak tempatan, Bezza. Ia secara tidak langsung meningkatkan keupayaan Perodua dalam membangunkan produknya yang tersendiri dan Bezza turut mendapat sambutan di luar jangkaan.

Pengeluar bukan tempatan juga semakin berlumba-lumba untuk merebut pasaran tempatan walaupun berlaku penurunan jualan keseluruhan kenderaan akibat ketidak tentuan ekonomi dan juga kenaikan kos sara hidup. Untuk tahun 2017, kami jangka saingan akan bertambah rancak dengan kehadiran beberapa model baharu dan dinaiktaraf.

Menurut ramalan dari Nujum Pak Belalang kami, ada beberapa model yang menarik bakal dinantikan pada tahun hadapan. Ini hanya ramalan kami dan mungkin ada model dari pengeluar lain yang tidak dinyatakan di sini bakal membuat kejutan. Bersedialah untuk menanti kedatangan 2017!

Proton
Untuk tahun 2017, Proton dijangka melancarkan beberapa model facelift atau naik taraf dan berkemungkinan melancarkan SUV pertama mereka hasil kolaborasi dengan Suzuki. Yang paling dinantikan tahun hadapan adalah pengenalan pertama enjin GDI barkapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter baharu Proton yang akan digandingkan bersama transmisi CVT baharu dari Jatco.

Mengikut tilikan kami, model MPV saiz sederhana Exora bakal mendapat wajah dan ruang dalaman serba baharu. Exora 2017 mungkin mendapat penjana kuasa baharu kerana sebelum ini kami pernah menyiarkan kelibat Exora sedang diuji bersama dengan Honda Mobilio. Model Preve, Suprima dan Iriz juga bakal mendapat sentuhan kosmetik dan akan mendapat enjin serba baharu. SUV pertama Proton, Vitara pula dijangka bakal melengkapkan barisan model Proton untuk tahun 2017.

Perodua
Setelah berjaya keluar dari kepompongnya dengan penghasilan Bezza, Perodua dijangka akan terus mengorak langkah dengan memperkenalkan model model yang lebih menarik. Model paling laris jualannya, Myvi dijangka bakal muncul dengan wajah baharu sepenuhnya dan kami jangka Myvi 2017 akan mempunyai perbezaan yang ketara dengan kembar mereka dari Jepun, Daihatsu Boon/Toyota Passo 2016. Perodua juga dikatakan bakal memperkenalkan model Axia dan Alza facelift untuk terus bersaing dalam pasaran.

Volkswagen
Salah satu model yang bakal membuat kemunculan pada 2017 adalah SUV kompak Tiguan generasi baharu. Baru baru ini kami telah terserempak dengan kelibat model tersebut sedang diuji dengan sedikit kostum penyamaran.

Peugeot
Baru baru ini Nasim telah membuat sesi pra-tonton media beberapa model terbaharu mereka untuk 2017. Antaranya ialah model hatchback kompak Peugeot 208 PureTech yang dikuasakan enjin 1.2 liter turbo baharu. Selain itu model crossover 2008 PureTech dan generasi baharu 3008 dan 5008 akan turut diperkenalkan. Model MPV lapan tempat duduk Peugeot Traveller akan turut diperkenalkan tahun hadapan.

Honda
Jenama bukan tempatan nombor satu di Malaysia semakin aggresif untuk tahun 2017. Beberapa model dalam segmen yang berbeza bakal diperkenalkan. Crossover tujuh tempat duduk ala MPV, Honda BR-V dijangka membuka gelanggang terlebih dahulu dan tempahannya telah pun dibuka. Selain itu model adik beradik, Jazz dan City pula dijangka tampil dengan perubahan kosmetik, manakala Jazz Hybrid akan turut serta dalam saingan 2017. Model SUV yang paling dinantikan, CR-V generasi baharu juga dijangka menghangatkan lagi pasaran.

Mazda
Walaupun tidak sepopular Honda dan Toyota, Mazda terus memberikan saingan terbaik dan dijangka melancarkan beberapa model baharu seperti CX-9 generasi baharu, Mazda 3 facelift dan model sport MX5 RF (Retractable Fastback).

KIA / Hyundai
Pengeluar dari Korea pula dijangka akan sentiasa memberi cabaran sengit untuk memastikan dominasi pengeluar dari Jepun tidak terlalu bermaharajalela. Kia misalnya telah pun mempertontonkan generasi baharu Grand Carnival di Malaysia Autoshow 2016 dan ia dijangka akan muncul pada tahun hadapan. Hyundai pula bakal memperkenalkan Tucson dan Elantra serba baharu.

Ford
Wakil dari negara Uncle Sam ini dijangka memperkenalkan model sedan Mondeo dan Kuga versi facelift. Kedua-dua model ini dijangka akan terus memberi cabaran dalam segmen masing masing.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


  • for me proton need to solve 1 basic thing that is ERGONOMIC.
    1. focus on seat contouring design.
    2. steering seat and pedal ergonomic relation.

    why ? proton seat never feels right . arm strain.
    no issue in japanese model. even ERTIGA feels right on its seat. of course its a suzuki seat. design by suzuki.

    no point to have car with good driving dynamic and newer engine when the driver suffers during driving.

    longing for batter malaysian car..


    • Setuju!
      ergonomics almost failed, sejak Proton pisah dr Mitsubishi.
      pastu fine cosmetic finish tlg le bagi lawa terutama interior. matching color tone tu.. asyik2 hitam legam.. kelabu asap.. plss laa! Protong oii… nk pakai hari2 tp tengok pun menyampah.. sape nak beli weii??

      NVH kasi elok2 la tuned. senyap xde nk getar2 steering, head rest seats, ble tekan pedal rase smooth mcm keta2 lain!. vibration eliminates dr design stage engine awal2, pastu design vibration damping bg btul2 ok, resonance vibration engine tu kasi kil habis2lah dlm kabin.. berapa puluh tahun lagi mau solve isu2 basic ni.. ??

      CVT bangang Punch tu tlg stop ye! suruh Jatco design betul2..utk passenger car ok.. bkn utk gb lori tanah ke bas kilang ke ketapi ke.. fine tuned!


        • i dont agree ,
          even the car sells at the cheapest the seat contour as well as steering and pedal relation should be correct and a correct ergonomic doesnt mean costs.

          measurement for correct ergonomic wont implicate cost, its means ‘placement of component” but if you are talking about material, then it would vary in costs.

          the point is ,ergonomic should be correct even at the cheapest priced car.


          • Saya setuju.! Tempat duduk mestilah selesa terutamanya bahagian pemandu. Posisi steering Dan pedal rasanya tiada masalah. Bergantung kepada induvidu yang memandu. Perasaan pemandu semasa memandu Dan saiz pemandu Itu sendiri. Pengeluar kereta perlu kaji untuk mengatasi perkara ini kerana pengguna mempunyai feel yang berbeza


      • Bab CVT jenis clutch Punch sekarang tu aku setuju. Tolong la jangan pakai lagi. Tukar ke CVT Jatco. Kalau tak tukar juga tahun depan, aku beli keta Honda Jazz je. Walaupun keta Jazz lampu depan bukan projektor, seat bukan leather, takda DRL, mahal sikit takpe. Janji tak sakit hati pakai CVT jenis Punch Powertrain yang lembab dan bising tu dalam Proton Iriz Premium..


        • Setakat sebulan yang lalu saya ujipandu 4 model Proton, Iriz CVT 1.3L exec, Persona CVT 1.6L exec, Saga CVT 1.3L exec Dan Ertiga 1.4L AT exec.
          Ternyata CVT Persona Dan saga baru lebih senyap berbanding CVT Iriz dan AT Ertiga. Talaan baru pada CVT saga terasa kurang berkuasa tetapi tiada bunyi CVT. Maaf, penguji pandu bukan professional.


    • Proton slalu sibuk buat ergonomic utk cater 95th %tile manikin. Tu manikin org barat.

      Tapi tak sedar diri yg kereta diaorg tak dipandang pon boleh eropah. Better stay je dgn manikin Asia.

      Hmphh

Leave a Reply