ARKIB

KATEGORI

AdvertorialBuletin

Diskaun untuk alat ganti sehingga 84% untuk pemilik PROTON Savvy!

Views

FlyersA5Front
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

FlyersA5Back
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Khas untuk pemilik PROTON Savvy! Kini anda boleh mendapatkan diskaun untuk alat ganti (yang terpilih) kereta anda sehingga 84%! Kempen ini diadakan oleh PROTON sempena Sambutan Hari Merdeka yang bermula dari 1hb September sehingga 31hb Disember 2013. Inilah masanya untuk mendapatkan alat ganti tulen kereta anda dengan harga yang sangat menarik!

1. Bilakah tarikh promosi berlangsung?

a. Bermula dari 1hb September sehingga 31hb Disember 2013

2. Mengapa PROTON adakan kempen ini?

a. Kempen ini diadakan oleh PROTON sempena Sambutan Hari Merdeka khas untuk pemilik Savvy datang ke Pusat Servis PROTON untuk servis kenderaan mereka

3. Adakah mahal untuk menghantar Savvy ke Pusat Servis PROTON setelah tamat tempoh jaminan?

a. Tidak mahal kerana kami memberikan diskaun untuk alat ganti Savvy (yang terpilih) bermula dari 10% sehingga 84%!

4. Di manakah saya perlu menghantar Savvy tersebut?

a. Promosi ini diadakan seluruh negara di semua Pusat Servis PROTON, termasuk cawangan dan pengedar

5. Apakah barangan yang termasuk dalam senarai diskaun?

a. Senarai barangan yang terpilih ada di www.proton-edar.com.my atau boleh terus datang ke Pusat Servis PROTON yang berhampiran untuk maklumat lanjut

6. Adakah promosi ini sah untuk model kereta PROTON yang lain?

a. Diskaun untuk alat ganti Savvy hanya terpakai Savvy sahaja. Namun, PROTON juga menawarkan pakej istimewa untuk minyak pelincir untuk semua model PROTON. Sila datang ke Pusat Servis PROTON yang berhampiran untuk maklumat lanjut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


    • itu bawah rm10k savvy amt sudah jalan 90,000km+ , amt sudah mau keluar problem

      yang 9000 diskaun -2700 = rm6300 untuk amt gear yang baru……………..

      itu la beza nya


    • saya punya savvy accumulator yang bentuk bomb tu dah problem, part dah sampai.. tapi dlm list ni takde la pulak, adoi..tahun dpan nak tukar kereta baru la..tak tahan macam ni.. 🙁


    • Savvy yang manual xde masalah sangat. Masalahnya ialah harga spare part nya yang mahal. Benda-benda major yang saya dah tukar ialah 1) Ignition Coil – dua kali tukar. 2) Clutch Kit dan 3) Speed Sensor.

      Masalah kedua, kena cari bengkel yang betul2 boleh pegang enjin Renault. Biasanya bengkel tu mesti boleh buat kebanyakan kereta Perancis ie Peugeot & Citroen. Proton Service tak boleh percaya sangat. Ada SC yang boleh buat, ada yang tak boleh. Kadang cakap je pandai..

      Tayar standard 175/50. Tayar ni sangatlah rare di kalangan kedai tayar. Goodyear NCT 5 175/50 ni kadang lagi mahal daripada tayar Persona. Pilihan lain amat susah seperti Silverstone Evol 8 dan Dunlop DO1..(Dunlop wall dia senang crack – tp wet handling mantap)

      Skrg servis Savvy bawah pokok je. Bengkel bawah pokok tu berjaya resolve masalah radiator fan yang xmau hidup kalau tak buka aircond. SC Proton tak pernah settle kan masalah ni sebelum ni…

      Haha, kalau nak tau msalah Savvy, tanya owner Savvy. Kalau tanya org lain, dia main copy/paste je. Kat sini, saya & campromania adalah true savvy owner. Haha

      Perlu ingat, Savvy ni kereta conti…banyak electronic. Susah sket nak jaganya. Tapi syukurlah, bnyk jasa Savvy saya ni.


      • tayar hankook n nexxen pun ado, tp sobab saiz 15 inc, regapun 15 inch, sodih, sodih. manual,xdo masalah sgt sangat, ambopun ado savvy manual. wheel speedsensor kat tyr jek tkr sobab cair, dkt ngat ngan gearbox. design asal untuk negara winter, senang xbeku waktu winter, tp katmalaysia, jd cair plak plastic dia sobab panas. prtn xredesign smula, amik sketul jek terus. tp eden nampak prtn pun dah blajo dr pengalaman.

        walupun menda nih zaman tm, tp tetap syukur, walupun rasanya dah xda production savvy nih, drb masih amik tau walupun hanya offer diskaun dekat part punya rega.

        pwrwindow, alhamdulillah, sampai ler nih sihat bugar,walupun ari2 turun naik tingkap. ambo smoker tegar.

        yg amt, mmg byk masalah. dh tanya org prtn,tp renault xnak amik hirau sobab dia ckp dah jual juta unit enjin n gear nih, xdok masalahpun. blue print penuh xleh dpt sobab harta intelek renault, jd susah bg prtn. tp campro based, sonang maintain, xda masalah. eden punya kete lah, org lain mgkin ada masalah.


      • Blh bg tahu dkt mana bengkel en fridzmax sllu service? Sy mencari b3ngkel yg betul2 tahu ttg savvy. Sy savvy manual,mmg sakit bila dtg mcm2 masalah psl savvy.Smpai kwn2 suruh jual je kete tu. Tidak sama sekali kot sbb pd sy savvy mmg terbaik lenjan mcm mana ttp ok.


  • masuk 4efte je senang menten…spare part kedai potong murah2 je…
    gearbox seketul baru rm400…hehe
    menten low profile je takyah FMIC


  • tp savvy mmg lasak. eden dkt 5 thn kete berjemur n xmandi(basuh), lenjan, alhamdulillah,xdo masalah bosa. klu ada yg nk amik buat lenjan, amik manual. tp kena ingat yg enjin renault telan coolant 100%(coolant yg dh premix kat prtn), setiap 40k km kena flush.

    dr segi pemanduan, eden suka savvy berbanding waja eden mahupun flx se eden, tp menjaga enjin, eden sonang ngan campro yg xbrp pro n iafm+. tp prestasi, flx se, eden mmg suko, walupun kete cap ayam, enjin cap ayam, gbox cap ayam,tp bleh mematuk macam ayam. full throttle, memang power, bleh duk sebelah nyebelah ngan preve cfe, tp klu memandu sorang la n kelajuan sampai 140kmh jek. tp klu ada load, xleh lwn preve cfe, flat torque yo.


  • power to weight ratio, flx se ngan preve cfe hampir2 sama,cume torque to weight jek lain. kalu wide open throttle,xjauh beza,itupun klu sorg pemandu ngan sorg pemandu. dah test dh ngan member,tp bila air drag dh mula terasa, flxpun mulalah terasa kelemahan,preve masih gagah meluncur. tp bila ada org lain ada dlm kete,br nampak beza na ngan tubo.

    tp low to midrange,dgn load,preve cfe jalan mcm sorg je ada dlm kete,tp flx se,mcm biasa,trase bebanannya,kena half throttle br rasa. preve,xyah half throttle,masuk area full torque dia,relak jek :-).

    yg penting drivability,cfe mmg mantap n smooth. bila makin tue,rasa smooth lg best dr rasa cam terhumban kdepan keblakg.

    edenlah,tp kdg2 jek trase nk jd org muda. ha..ha..

Leave a Reply