ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ducati Diavel Stripe diperkenalkan

Views

DIAVEL_0011

Ducati Diavel, salah satu model motosikal Ducati paling popular setakat ini tampil dengan rupa yang lebih segar dengan 2 pilihan skema warna yang cukup menawan. Edisi terbaharu ini dinamakan Diavel Stripe yang cukup bergaya dengan kombinasi jalur putih bersama dengan kemasan warna biru metalik atau merah Ducati dan dilengkapkan dengan rim warna putih yang mampu membuat sesiapa pun teruja melihatnya!

Selain itu model Diavel 2013 juga terdapat dalam Diavel Dark berwarna hitam matte. Ini juga merupakan model standard yang pertama kali diperkenalkan di Milan International Motorcycle Show 2010.

“Sehingga kini, Ducati Malaysia telah berjaya menjual 550 unit daripada pelbagai varian Diavel termasuklah Diavel standard, Diavel Cromo, Diavel Carbon dan edisi terhad Diavel AMG. Kami menjangkakan peningkatan jualan Ducati dengan pengenalan model Diavel Stripe,” kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA.

Diavel Stripe dijual pada harga RM116,888. Sempena sambutan Ulangtahun ke-38 NAZA, Ducati menawarkan unit terpakai Diavel yang dijual pada harga permulaan RM98,888.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply